Saturday, October 15, 2016

SESAT 40 TAHUN



Nabi Musa menerima kitab Taurah daripada Allah SWT dalam bentuk papan batu yang terkandung dalamnya hukum syariat, hukum muamalat, hukum ibadah  dan hukum jenayah. Hukum jenayah dalam Taurah serupa dengan apa yang ada dalam Quran
Hukum hudud dan hukum qisas yang ada dalam kitab Taurah tidak boleh dilaksanakan melainkan ada kerajaan Islam.

Allah memerintah mereka balik ke Palastin untuk memerangi kaum Jabbarin yang berkuasa di Palastin. Kaum Jabbarin terkenal dengan gagah perkasa, jahat dan zalim. Setelah menang tegakkan kerajaan Islam dan laksanakan hukum yang terkandung dalam kitab Taurah. Mereka berkata, “Wahai Musa kaum Jabbarin hebat sangat dan kami takut. Pergilah kamu berdua Musa dan Harun bersama dengan tuhan kamu.”  Mereka tidak mahu berjihad pada hal jihad pahalanya besar. Jika mati dalam peperangan terus masuk syurga dan kalau menang dapat menegakkan negara Islam dan diberi pahala yang besar oleh Allah SWT.

Nabi Musa tersangat sedih dan berdoa kepada Allah supaya memisahkan dia bersama nabi Harun dengan  kaumnya yang jahat itu. Akibatnya Allah SWT menghukum bani Israil sesat di padang pasir Sinar. Mereka berpusing-pusing kerana tidak berjumpa jalan keluar selama empat puluh tahun.

Dalam masa sesat nabi Harun diwafatkan oleh Allah SWT. Bani Israil berbisik sesama sendiri mengatakan nabi Musa membunuh nabi Harun. Terlalu jahat bani Israil. Lalu Allah SWT memerintah malaikat membawa jenazah nabi Harun dan meletak di hadapan mata mereka untuk membuktikan tiada kesan pembunuhan. Allah SWT membela nabi Musa.

-  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment