Saturday, October 15, 2016

API DARI LANGIT MEMBAKAR HARTA RAMPASAN PERANG.



Nabi Musa diwafatkan di padang pasir dan digantikan dengan Yusa’ bin Nun. Yusa’ bin Nun belajar dengan nabi Musa dan dilantik menjadi rasul oleh Allah SWT. Generasi tua yang jahat, lemah dan penakut dimatikan. Allah SWT gantikan dengan generasi baharu yang muda yang dilahirkan di padang pasir. Generasi muda ini bersih, berani, bersemangat dan dipimpin oleh Yusa’ bin Nun.

Yusa’ bin Nun memimpin generasi muda bani Israil untuk masuk ke Palastin dan berperang dengan kaum Jabbarin yang terkenal dengan gagah perkasa, jahat dan zalim. Yusa’ bin Nun menyampaikan ucapan, “Tidak boleh bersama aku orang baharu kahwin yang teringat kepada isterinya, tidak boleh bersama aku orang membina rumah yang bumbungnya belum siap lagi dan tidak boleh bersama aku orang yang untanya bunting.”

Yusa’ bin Nun memimpin bani Israil masuk ke Palastin untuk berperang. Masa hendak masuk Palestin mesti sebut sebagaimana firmanallah bermaksud, “Ya Allah ya tuhanku ampunkanlah dosa kami” 

Tetapi mereka sebut, “Gandum, nak gandum” 

Orang Melayu ada juga seperti itu. Istighfar boleh apa? Duduk nampak duit dan beras.
Mereka berperang sehingga matahari hampir jatuh. Yusa’ bin Nun berdoa, “Wahai matahari engkau dan aku diperintah oleh Allah, ya Allah ya tuhanku tahankanlah perjalanan matahari sehingga peperangan ini selesai”.   

Lalu Allah menahan perjalan mata hari. Mereka berperang dan kaum Jabbarin dikalahkan.
Bila menang perang banyaklah harta rampasan perang. 

Mengikut syariat nabi Musa , harta itu hendaklah dikumpul setempat dan api dari langit datang membakarnya. Setelah harta dikumpulkan api dari langit datang berpusing-pusing tidak mahu makan menandakan ada penyelewengan. 

Yusa’ bin Nun berkata, “Ada di kalangan kamu menyembunyikan harta rampasan”.  

Lalu ketua-ketua kabilah dipanggil dan berbaiah dengan memegang tangan. Berlaku bila Yusa’ bin Nun memegang tangan salah seorang ketua kabilah, tangan melekat.  
Yusa’ bin Nun berkata, “Ada anak buah kamu menyembunyikan harta rampasan”.  

Penyiasatan dibuat setiap orang dan didapati tiga orang menyembunyikan emas sebesar kepala lembu. Setelah emas itu diletakkan setempat, api datang memakan semua barang rampasan perang.

Mengikut syariat nabi Muhamad SAW, 1/5 daripada harta rampasan perang balik kepada pihak berkenaan dan 4/5 lagi dapat kepada tentera yang berjuang.

-  KULIAH TAFSIR YT           

No comments:

Post a Comment