Friday, October 14, 2016

ALLAH SWT BERJANJI MENERIMA TAUBAT HAMBA-NYA



Allah SWT berjanji menerima taubat hamba-Nya. Allah SWT tidak mungkir janji. Mungkir janji bukan sifat Allah SWT. Bila berjanji Allah SWT mesti tunai janji, bererti  Allah SWT mewajibkan ke atas diri-Nya. Antara sifat yang wajib bagi Allah SWT ialah menunaikan janji, menerima taubat hamba-Nya.

“Hamba-Nya yang jahil dan bertaubat dalam waktu terdekat”. Para sahabat menafsirkan ayat ini. “Orang beriman yang melakukan kesalahan kerana tidak mengetahui itu dosa adalah jahil. Orang beriman yang mengetahui itu dosa, tiba-tiba terlanjur membuat dosa, ini juga jahil.”

Bertaubat dalam masa yang hampir atau terdekat – bertaubat setahun sebelum mati, sebulan sebelum mati, seminggu sebelum mati, sehari sebelum mati dan sejam sebelum mati. Sebelum mati bertaubat maka Allah menerima taubatnya, iaitu taubat nasuha.

Syarat taubat nasuha mengikut Imam Nawawi:

1. Tinggal dosa yang dilakukan.
2.  Menyesal dengan bersungguh-sungguh kemungkaran itu
3.  Berazam tidak mahu mengulangi lagi dosa itu.
4.  Melapazkan taubat di hadapan Allah SWT.

Barang siapa memenuhi syarat taubat dan bertaubat dalam waktu yang ditetapkan, Allah SWT menerima taubatnya.

Bila pintu taubat ditutup?:

1.  Bila nyawa sampai ke halkom
2.  Bila mata hari naik di sebelah barat dan jatuh di sebelah timur

Orang beriman yang bertaubat diterima taubatnya. Disebut dalam hadis – Pembunuh yang masih ada iman di dalam hatinya, membunuh 100 orang diterima taubatnya dan seorang pelacur yang bertaubat diterima taubatnya oleh Allah SWT.

Taubat wajib dan hendaklah disegerakan. Barang siapa yang diterima taubatnya,  bukan sahaja dosanya dihapuskan tetapi diberi pahala pula oleh Allah SWT.

-  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment