Mengikut ahli sains Islam antaranya Dr Zazruk Najjar, ahli
kaji bumi yang terkenal, dengan menggunakan alat moden mengatakan bahawa
lapisan bumi yang paling tebal dalam dunia ialah bumi Mekah
Di dalam perut bumi ada gas, ada belerang, ada api dan
bermacam-macam yang boleh meletup bila-bila masa sahaja. Allah SWT jadikan wap
keluar dari laut, bukan dari daratan. Kadang-kadang bumi menjadi bocor dan
berlakulah gempa bumi. Tempat yang bocor adalah tempat yang nipis
.
Allah SWT jadikan bumi Mekah paling tebal dalam dunia. Bumi
Mekah ialah bumi pertama dijadikan, ummul khura iaitu ibu kepada negeri. Itulah
tempat letak Ka’abah, qiblat umat Islam.
Bumi Mekah dijadikan aman oleh Allah SWT. Aman daripada
gempa bumi, aman daripada peperangan dan segala-galanya. Kalau berlaku
pergaduhan pun cuma sekejap sahaja.
- KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment