Friday, October 14, 2016

MASALAH HATI TERSERAH KEPADA ALLAH SWT

Disebut dalam satu hadis, dalam satu peperangan, Usama bin Zahid melakukan pembunuhan walaupun dua kalimah syahadat telah diucapkan.

Usama ialah anak Ummu Aiman, perempuan ahli syurga dan anak Zahid bin Harisah, anak angkat kesayangan nabi. Usama juga cucu angkat yang nabi sayang.

Mendengar peristiwa itu, nabi panggil Usama dan berkata, “Kenapa bunuh orang yang sudah mengucap dua kalimah syahadat?”

Usama menjawab, “Ya rasulullah dia mengucap kerana takut ke mata pedang saya”

Rasulullah berkata, “Mana kamu tahu apa ada dalam hatinya. Adakah kamu belah hatinya?”
Ini menunjukkan bila orang itu mengucap maka Islamlah dia. Masalah hati urusan Allah SWT.

-  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment