Dalam satu kisah rasulullah menyuruh Khalid Alwalid dengan
beberapa orang sahabat memerangi satu kabilah Juzaimah. Pada zaman jahiliah
kabilah Juzaimah ini telah membunuh pak saudara Abdul Rahman bin Aus dan pak
saudara Khalid Al-Walid.
Bila sampai di kampung, penduduk Juzaimah berkata,
“Sobba’na, sobba’na, sobba’na” Sobba’na” bermakna telah meninggal agama dahulu.
Maknanya sudah masuk Islam walaupun tidak mengucap dua kalimah syahadat.
Khalid mengarah tawanan itu diikat dan dikumpul. Pada waktu
malam Khalid menyuruh membunuh tawanan-tawanan itu. Ada sahabat yang mengikut
perintah Khalid dan membunuh tawanan itu dan ada juga yang tidak mengikut
perintah itu.
Ada beberapa orang sahabat yang alim seperti Abdullah bin Umar
tidak mengikut arahan Khalid dan tidak membunuh tawanan itu. Mereka berpendapat
arahan itu bercanggah dengan hukum Syarak. Taat kepada ketua ialah taat dalam
perkara yang tidak maksiat. Kalau ketua perintah perkara maksiat tidak boleh taat.
Kalau pemerintah suruh membuat perkara berdosa, jangan taat. Bukannya taat setaat-taat
secara membabi-buta.
Bila balik ke Madinah perkara itu dilaporkan kepada nabi
Muhamad SAW. Lalu nabi mengangkat tangan berdoa kepada Allah, “Ya Allah ya
tuhanku aku melepas diri daripada apa yang telah dilakukan oleh Khalid”
Khalid telah melakukan satu kesalahan membunuh orang yang telah
mengatakan sobba’na. Ini termasuk dalam perkara yang melampaui batas.
Khalid telah ditegur dan Abdul Rahman bin Aus telah mencela
Khalid dengan sekeras-kerasnya. Dan berlakulah satu perbalahan.
Khalid berkata, “Aku bunuh orang yang bunuh pak saudara
kamu”
Abdul Rahman bin Aus berkata, “Mereka membunuh juga pak
saudara kamu. Kamu membalas dendam terhadap orang yang membunuh pak sauadara
kamu di zaman jahiliah. Kamu membela pak saudara kamu yang berlaku di zaman
jahiliah dengan zaman Islam”
Lalu berlaku satu pertengkaran dan Khalid bin Alwalid memaki
Abdul Rahman bin Aus. Akibatnya timbul hadis “Jangan kamu maki sahabatku kerana
sesungguhnya secupak yang dibelanja oleh sahabatku, Abdul Rahman bin Aus lebih
afdal daripada yang dibelanjakan oleh orang lain walau pun sebesar bukit Uhud.”
Nabi Muhamad SAW memerintah Saidina Ali pergi ke kampung
Bani Juzaimah untuk mengira berapa orang telah dibunuh. Dibayar ganti rugi
kepada keluarga mereka yang dibunuh dengan beribu ekor unta. Dibayar melebihi yang
sepatutnya supaya puas hati. Ditanya apa barang yang rosak akibat kesilapan
tentera Islam. Semua barang yang rosak diganti termasuk bekas minuman anjing
pun diganti oleh Saidina Ali, pada hal anjing najis mughallazah.
Inilah Islam, inilah keadilan dan kesempurnaan Islam.
- KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment