Friday, October 14, 2016

BANG HARI JUMAAT


Pada hari Jumaat, zaman nabi bang sekali, zaman Saidina Abu Bakar dan zaman Saidina Umar pun bang sekali. 

Zaman Saidina Othman bila bang sekali orang tidak kisah pergi ke masjid, masing-masing sibuk dengan perniagaan. Untuk mengatasi keadaan itu Saidina Othman membuat arahan supaya bang dua kali. Masuk waktu Jumaat bang kali pertama dan kemudian apabila imam naik atas mimbar masjid bang pula sekali lagi.

Itu adalah arahan Saidina Othman. 

Siapa Saidina Othman? 

Saidina Othman ialah salah seorang empat sahabat yang dimalu oleh malaikat. Nabi bersabda, “Adakah aku tidak malu kepada orang yang malaikat malu kepadanya”
Malaikat malu kepada Saidina Othman dan beliau merupakan sahabat yang paling banyak menyumbang untuk peperangan Tabuk menyebabkan nabi Muhamad SAW berdoa untuknya dari waktu Isya sampai ke Subuh.

Tidak menjadi masalah sama ada bang sekali atau dua kali pada hari Jumaat. Ini perkara muslahah tetapi jangan perlekih arahan Saidina Othman.

-  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment