Doa dalam surah al-Fatihah sangat penting, oleh itu sunat
menyebut aamiin selepas selesai membacanya. Disunatkan menyebut aamiin ketika
doa dibacakan. Bukan sahaja orang Islam menyebut aamiin. Orang Kristian dan
orang Yahudi pun menyebut aamiin. Jadi aamiin adalah ucapan yang diajar oleh
nabi-nabi bukan sahaja nabi Muhamad SAW.
Apa makna aamiin?
Bermakna ya Allah ya tuhanku perkenankanlah.
Dalam sembahyang jamaah bila imam menyebut aamiin para
makmum hendaklah menyebut aamiin walau pun belum membaca Fatihah atau sedang
membaca Fatihah kerana mendapat pahala sunat.
Disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh para ulamak
hadis, nabi bersabda bermaksud, “Apabila imam menyebut aamiin maka hendaklah
kamu menyebut aamiin kerana jika sebutan itu serentak dengan sebutan aamiin
malaikat dosa yang lalu diampunkan.”
Siapa dia malaikat?
Disebut oleh Allah malaikat tidak sekali-kali derhaka kepad
Allah dan membuat apa sahaja yang disuruh Allah SWT. Kalaulah begitu sifat
malaikat sudah tentulah doanya diperkenankan oleh Allah SWT.
Dosa yang diampun adalah dosa kecil. Dosa tidak boleh dianggapa
kecil kalau terus-menerus membuatnya dan dosa tidak menjadi besar kalau
istighfar.
Dosa kecil dihilangkan dengan wuduk, dihilangkan dengan
sembahyang, dihilangkan dengan sedekah, dihilangkan dengan beberapa amal
kebajikan dan dihilangkan dengan menyebut aamiin bersama imam dalam sembahyang.
- KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment