Disebut dalam hadis, rumah yang dibaca surah al-Baqarah
syaitan akan lari dan mungkin tidak akan kembali semula. Ada ulamak mengatakan
surah al-Baqarah membunuh jin-jin.
Surah al-Baqarah mengandungi perkara aqidah,
syirit, sehir, ayat kursi dan ayat akhir surah ini disimpan di dalam ‘arash di
sisi perbendaharaan Allah SWT.
Ulamak mengatakan ada ayat-ayat surah al-Baqarah boleh
dibaca kepada orang sakit yang disyaki terkena sehir akibat gangguan jin.
Ayat-ayat dalam surah ini dan dicampur dengan ayat-ayat surah lain yang dibaca
berulang kali boleh membuat orang sakit itu bercakap dengan menjawab pelbagai
soalan yang diajukan kepadanya. Orang sakit dalam keadaan tidak sedar dan yang
bercakap itu adalah jin yang berada dalam dirinya. Ini menandakan orang sakit
itu terkena sehir.
Ada juga sehir yang berkait dengan berbagai-bagai bahan dan
berbagai-bagai makanan yang digunakan. Sebagai ikhtiar nabi mengajar kita
dengan berbekam atau dikenali sebagai buang darah. Buang darah boleh membuang
sehir yang ada dalam badan sama ada bersifat jin atau bahan yang beracun.
Orang Islam kena percaya bahawa sehir ini wujud kerana
disebut dalam al-Quran. Tetapi kita jangan takut kepada sehir, hendaklah takut
kepada Allah SWT. Jika terkena sehir, hendaklah berubat mengikut kaedah Islam,
sabar dan bertaqwa, kita diberi pahala oleh Allah SWT.
- KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment