Tuesday, February 28, 2017

Jadilah 'Geng' Yang Mempertahankan Islam



Jadilah 'Geng' Yang Mempertahankan Islam

SHAH ALAM: Tamadun Mesir, China, India, Rom dan Parsi meninggalkan kesan dari bangunan-bangunan tersergam indah dan menjadi kunjungan pelancong, manakala kehebatan seni binanya diagung dan banggakan oleh masyarakat dunia, berbanding istana Nabi Sulaiman A.S pemerintah dunia dan Raja Zulkarnain penakluk negara besar yang langsung tidak dinampakkan oleh Allah S.W.T.


Hinggakan binaan dari penindasan dan kezaliman ke atas manusia itulah dianggap tamadun, lalu umat dunia ini melupakan peranan para Nabi dan Rasul A.S, sebagaimana juga manusia membiarkan diri hidup di bawah pelbagai ajaran menyesat dan teori atau sistem pemerintahan yang menghamba serta mencengkam.
Namun, ajaran Islam tetap ada sehingga ke hari ini yang wujud dalam diri manusia walaupun ia cuba ditentang dan dihapuskan, tetapi cahayanya tidak pernah terpadam, demikian senario yang digambarkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, peranan itu telah disambung oleh para ulama di sepanjang zaman yang menjadi tonggak kepada perjuangan Islam dengan mewarisi pusaka ilmu ditinggalkan para Nabi dan Rasul, sebagaimana ditunjukkan Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz) dalam mempertahankan kepimpinan ulama.
“Allah menjadikan bangsa Arab yang meninggalkan Islam jatuh, (tetapi) Islam tidak jatuh, Islam diambil alih oleh bangsa Kurdish, mencipta Salahuddin al-Ayubi, yang membebaskan Baitul Maqdis dan penaklukan tentera Salib selama 100 tahun. Allah melahirkan Kerajaan Mamalik, bangsa Turki yang mengalahkan Tartar dan Ain Jalut dan mendirikan Kerajaan Uthmaniyah.
“Allah menjadikan kuasa Islam silih berganti. Mana-mana bangsa yang menerima Islam, kaum lain, masyarakat majmuk, yang berada dalam dan menerima pemerintahan Islam yang adil, mereka menerima kedatangan Islam sebagai penyelamat, bukan sebagai penjajah imperialisme.
“Islam adalah futuhat, membuka negeri-negeri dengan hukum yang adil, tidak menjajah, Islam memerintah wilayah yang besar, masyarakat majmuk, pelbagai kaum dan agama, bukan macam penjajah yang memperhambakan rakyat.
“Islam telah berjaya menguasai bangsa-bangsa dunia berbagai agama dengan empat konsep yang penting. Pertama, beriman kepada Allah. Kedua, beriman kepada hari akhirat. Ketiga, bertakwa dan keempat adil untuk semua. Empat konsep ini, Islam berjaya menguasai hati-hati manusia,” ujarnya pada Majlis Makan Malam Geng Ustaz, di sini baru-baru ini.
Hurainya, daripada konsep-konsep tersebut, terhapuslah kediktatoran, pemerintah berlagak tuhan, teokrasi, perhambaan pengikut oleh ahli agama, tidak menipu dan menggoda rakyat, tidak melepaskan diri bila melakukan kesalahan, tidak menyalahgunakan kuasa dan mempengaruhi urusan-urusan keadilan serta takut untuk melakukan kezaliman.
Malah tambah beliau, terhapusnya kasta dan perbezaan kaum, adil untuk semua termasuk bukan Islam dan musuh di mana dilarang menzalimi rakyat biar apapun pegangannya.
Tuan Guru memetik kisah pembunuhan tawanan perang dari kalangan Bani Khuzaimah oleh Panglima Khalid al-Walid hingga Baginda memerntahkan pembayaran diyat sebagai contoh keadilan Islam, walaupun di zaman itu tiada mahkamah atau piagam antarabangsa.
Berbeza katanya di zaman ini di mana tragedi kapal terbang Korea Selatan ditembak Rusia tahun 80-an, kapal terbang Iran ditembak di Teluk tahun 90-an dan kapal terbang Malaysa di Ukraine dan hilang di Laut China Selatan yang tidak diambil tindakan badan perundangan dunia.
Malah perinci beliau terdapat banyak perakuan menunjukkan Islam menguasai hati-hati manusia dan mampu menguasai negeri dengan kesejahteraan serta kemakmuran, namun malangnya terdapat parti-parti Islam dalam dunia hari ini tidak berani menyatakan pelaksanaan syariah dan matlamat menegakkan agama Islam.
“Termasuk Arab Spring ‘Ar-Rabiul Arabiy’ yang terkenal, (umpama) musim bunga yang tidak berbuah. Mengapa tidak berbuah? Kerana Islam negara Arab meninggalkan agenda Islam, membawa agenda politik di atas nama demokrasi.
“Mereka melupai bahawa negara Barat yang menyokong mereka di atas nama demokrasi, negara yang mendokong diktator dan Arab juga, untuk menahan kebangkitan Islam, mereka lupa ini semua. PAS istiqamah, konsisten, dengan dasar kita. Termasuk rakan kita Parti Sa’adah (Sadet Party) di Turki, istiqamah, konsisten.
“Tak apa tak menang pilihan raya tak apa, tak mengapa tak menang pilihan raya. Tetapi cahaya itu tidak padam, jangan mengejar pilihan raya, untuk menang semata-mata, meninggalkan teras perjuangan kita iaitulah Islam.
“Di sinilah peranaan NGO seperti Geng Ustaz ini. Jangan macam geng besar, geng samseng, tunjuk ek (berlagak) saja. Kita geng yang mempertahankan kesucian, kepentingan ajaran Islam,” ujarnya mengingatkan.
Tuesday, February 28, 2017

7 Golongan yang Mendapat Naungan ALLAH Pada Hari Kiamat

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda :
“Tujuh golongan yang akan Dinaungi ALLAH dalam Naungan-Nya, dimana pada hari itu yang tiada naungan selain Naungan-Nya:

✔1. Pemerintah yang adil,
✔2.Seorang Pemuda yang semenjak remajanya beribadah kepada ALLAH,
✔3. Seorang yang hatinya terpaut dengan Mesjid,
✔4.Dua orang yang saling mencintai karena ALLAH,berkumpul dan berpisah karena ALLAH,
✔5.Seorang yang dirayu wanita dan rupawan untuk melakukan zina,  ia menolak, dan berkata “Sungguh aku takut kepada ALLAH,
✔6.Seorang yang bersedekah, lalu dirahasiakan sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang didermakan oleh tangan kanannya,dan
✔7. Seorang yang Berdzikir kepada ALLAH di tempat sunyi, lalu mencucukan air matanya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

 “In Sya Allah….Semoga kita semua termasuk yang akan Memperoleh Naungan-Nya di akhirat kelak,

Aamiin Allahuma AAmiin

7 KALIMAT YANG DI SUKAI OLEH ALLAH:

1. kalimat “BISMILLAH”, yang haruslah kita ucapkan pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. kalimat “ALHAMDULILLAH” yang diucapkan pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu yang baik.

3. kalimat “ASTAGHFIRULLAH” yang diucapkan jika lidah terselip perkataan yang tidak patut atau bila kita sedar kita buat dosa.

4. kalimat “INSYA ALLAH”, yang kita ucapkan jika merencanakan untuk berbuat sesuatu yang mulia.

5. kalimat ”LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH”, yang diucapkan jika menghadapi sesutu yang tidak disukai atau tidak diingini.

6. kalimat “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN”, yang diucapkan jika menghadapi dan menerima musibah atau bila dengar kematian.

7. kalimat “LA ILAHA ILLA ALLAH ” yang diucapkan sepanjang siang dan malam, hingga basah lidah kita.

Monday, February 27, 2017

PAS MENYOKONG KETEGASAN PIHAK BERKUASA DAN KERAJAAN DALAM MENANGANI ISU PEMBUNUHAN INDIVIDU DARI KOREA UTARA

PAS MENYOKONG KETEGASAN PIHAK BERKUASA DAN KERAJAAN DALAM MENANGANI ISU PEMBUNUHAN INDIVIDU DARI KOREA UTARA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin menyatakan sokongan di atas ketegasan pihak berkuasa negara kita terutamanya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam menangani isu pembunuhan individu dari Korea Utara pada 13 Februari 2017 lalu.

PAS juga senada bahawa siasatan kes jenayah berkenaan semestinya dilaksanakan dengan merujuk pada undang-undang dan tatacara yang ada dalam negara di mana kes pembunuhan itu berlaku. PAS melihat isu ini mempunyai sudutnya yang tersendiri apabila wujudnya cubaan campurtangan dari pihak Korea Utara menerusi perwakilan mereka di Malaysia yang boleh memburukkan lagi suasana hubungan diplomatik yang ada pada waktu ini, sebagaimana yang dilapurkan oleh media massa dalam dan luar negara. PAS secara konsisten memperjuangan kedaulatan Malaysia dari sebarang pencerobohan dan gangguan dari mana – mana pihak.

Isu geo-politik dan percaturan dalaman negara yang dikatakan terlibat adalah tidak wajar menjadi alasan mana-mana pihak dari Korea Utara untuk mengganggu siasatan yang sedang dijalankan secara bebas dan professional oleh pihak PDRM.


“Inilah Penyelesaian Kita”


*ABDUL HADI AWANG*
Presiden PAS
29 Jamadil Awal 1438H / 26 Februari 2017 M

TUJUAN DAKWAH IALAH UNTUK SAMPAIKAN ISLAM, BUKAN SEKADAR UNTUK TARIK RAMAI ORANG

Menurut Ibnu Qayyim Rahimahullah, selepas tiga hari wafatnya Abu Talib, wafat pula isterinya yang dikasihi Ummul Mukminin Saidatina Khadijah RA. Hal ini menambahkan lagi kesedihan dan dukacita baginda lantaran mengingatkan peranan kedua mereka yang besar dalam dakwah Islamiah.

Peristiwa tersebut bukan berlaku semata-mata untuk menyusahkan perjuangan Islam, bahkan mengandungi hikmah yang tersangat besar. Ianya adalah bagi memurnikan kejayaan dakwah dan tujuannya, supaya jelas bahawa pertolongan yang hakiki adalah datang daripada Allah SWT semata-mata.

Ini yang kita perlu faham. Ramai pada hari ini orang berdakwah dan berjuang dengan mengharapkan pertolongan manusia, sehingga lupa pertolongan Allah SWT. Bahkan mereka sanggup mengharap bantuan orang kafir lebih dari bantuan Allah. Mereka percaya pertolongan orang kafir boleh memenangkan Islam. Hakikatnya orang kafir tolong kita separuh jalan sahaja, bukan sungguh-sungguh.

Allah taala matikan Abu Talib dan Khadijah untuk menyatakan, kemenangan Islam yang sebenar adalah datangnya dari pertolongan Allah SWT. Pertolongan manusia hanya sebahagian kecil sahaja. Walaupun peranan Khadijah sangat besar ertinya kepada diri Rasulullah, dan perlindungan Abu Talib pula memberi peluang kepada dakwah untuk lebih bebas, tetapi tiada siapa yang boleh membuat alasan bahawa kemenangan Islam adalah kerana si anu atau si anu.

Oleh itu para sahabat RA dan para pejuang terdahulu tetap meneruskan dakwah walaupun menghadapi berbagai seksaan dan ancaman. Mereka tidak peduli apakah mendapat bantuan manusia ataupun tidak. Mereka juga tidak kisah adakah orang mahu ikut ataupun tidak. Mereka percaya segala yang dihadapi adalah bagi memurnikan kemenangan Islam yang bakal dicapai, untuk membentuk kebergantungan diri hanya kepada pertolongan Allah SWT. 

Peristiwa kematian 2 orang yang banyak membantu Nabi SAW memberi makna kepada mereka bahawa perlu utamakan pertolongan Allah walaupun tidak dinafikan terdapat peranan makhluk.

Pada sahabat di masa itu ditarbiyah dengan Surah-surah Makkiyyah. Tuhan menceritakan tentang kisah perjuangan umat terdahulu. Ada Nabi yang ramai pengikut, ada yang sedikit dan ada yang tidak ada pengikut langsung. Dalam Surah Yaasin menceritakan, tiga orang Nabi yang diutus, hanya seorang sahaja yang ikut mereka. Ini bermaksud jangan peduli orang ikut atau tak mahu ikut. Tanggungjawab kita hanya sampaikan Islam sebagaimana yang Allah suruh.

Seringkali berlaku dalam Harakah Islamiah, mereka yang lemah iman terperangkap dalam pujuk rayu manusia sehingga lupa pertolongan Allah. Lalu mereka mengadakan uslub-uslub yang terlalu longgar mengenai pergantungan kepada akidah dengan berlindung di sebalik perkataan 'hikmah'. Ramai yang beralasan hikmah dalam dakwah ialah kena bercakap yang orang setuju sahaja, yang orang suka dengar. Yang orang tak suka dengar jangan bercakap. Barulah orang ramai datang kepada kita.

Ramai pendakwah-pendakwah terpengaruh dengan cara sebegini. Akhirnya sikap ini membawa kepada meletakkan sebab-sebab manusiawi mengatasi anasir rabbaniyah dalam menjayakan cita-cita dakwah Islamiah. Selepas itu mereka jadi hanyut dalam arus yang memesongkan dari matlamat asal untuk mencapai redha Allah, kepada matlamat yang songsang seperti untuk kedudukan dan harta.

Jangan begini! Jangan sekali-kali! Mesti bergantung dengan Allah SWT. Setuju tak setuju, suka tak suka itu hal mereka, jangan pedulikan. Teruskan bercakap cara Islam. Apa yang Islam suruh kena cakap, apa yang Islam larang, Islam tegur juga kena cakap. Orang nak marah biarkan marah. Nak lari habis pun tak apa! Ini prinsip kita. Kena teguh dengan cara sebegini.

Malangnya banyak kalangan pendakwah pilih jalan supaya orang ramai mari, bukan niat nak perbetul. Menarik hati orang ini adalah kerja Allah SWT. Tuhan boleh tarik seramai manapun yang Dia kehendaki. Hidayah adalah urusan Allah. Serahkan sahaja urusan ini kepadaNya. Bukan tanggungjawab kita nak suruh orang ramai. Tanggungjawab kita adalah menyatakan Islam sahaja.

Masjid Rusila
27 Jumadal Ula 1438
24 Februari 2017
_(Alang Ibn Shukrimun)_

Finally Good News For Diabetes.

Hope you can forward the below message to help some one who needs this info...!
A woman (65) was diabetic for the last 20+ years
and was taking insulin twice a day.

She used the enclosed homemade medicine for a fortnight and now she is absolutely free of diabetes and taking all her food as normal including sweets.

The doctors have advised her to stop insulin and any other blood sugar controlling drugs.

I request you all please circulate the email below to as many people as you can and let them take maximum benefit from it.

AS RECEIVED :

DR. TONY ALMEIDA
( Bombay Kidney Speciality expert )

made the extensive experiments with perseverance and patience and discovered a successful treatment for diabetes.
Now a days a lot of people, old men and women in particular suffer a lot due to Diabetes.

Ingredients:
1 - Wheat 100 gm
2 - Barley 100 gm
3 - Black Seeds (kalunji) 100 gm

Method of Preparation :
Put all the above ingredients in 5 cups of water.
Boil it for 10 minutes and put off the fire.
Allow it to cool down by itself.
When it has become cold, filter out the
seeds and preserve water in a glass jug or bottle.

How to use it?
Take one small cup of this water every day early morning when your stomach is empty.

Continue this for 7 days.
Next week repeat the same but on alternate days. With these 2 weeks of treatment you will wonder to see that you have become normal and can eat normal food without problem.

Tahniah lautan ungu di Padang Merbok

SETINGGI-tinggi tahniah kepada perhimpunan ungu menyokong RUU355  sepanjang petang dan malam 18 Feburari, 2017 di Padang Merbok yang berjiran dengan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.
        
Berapa ribu tak usah dikira tetapi ia memenuhi ruang sepanjang jalan ke  Parlimen. Dewan Bandaraya dan polis tidak membenarkan Dataran Merdeka yang pada 31 Ogos 1957 jadi tempat proklamir awal kemerdekaan, tetapi membenarkan ia diadakan di jalan menuju Parliman yang di sekitarnya ada Tugu Negara dan di hujung itu Parlimen tempat RUU355 dibahas bulam  Mac nanti.
        
Tanpa disedari ribuan penyokong memperkasa Mahkamah Syariah, dengan izin Allah diadakan di padang yang paling hampir dengan Parlimen, di jalan menuju ke parlimen dan sebenarnya di situlah usul persendirian itu hendak dibawa.
        
Tidakkah ia hendak mendekatkan lagi RUU355 dengan tempat ia hendak diperkasakan.
        
Apa kesudahan RUU355 selepas ini, diterima oleh 222 MP atau sebaliknya terserah dan serah saja kepada Allah. Allahlah yang membuka hati mereka menerimanya dan Allah juga boleh menutup pintu setengahnya menolaknya.
       
Umat Islam dan disokong oleh sebahagian bukan Islam telah membuat bermacam-macam bagi memperkasakannya termasuk menjadikan Padang Merbok sebagai dataran Arafah kecil berjemur di bawah panas terik petangnya, disimbah hujan rahmat semasa solat Maghrib, datang dari jauh dan dekat, bermunajat separuh siang dan separuh malam, mohon moga-moga pemerkasaan perundangan Islam dimakbulkan bagi bumi kita yang bertuah ini.
    
Dan bila didaulatkan nanti nescaya memberi rahmat kepada penduduknya dan setiap makhluknya serta jiran-jiran di kiri kanannya mendapat limpahan rahmatNya.
      
Islam di Malaysia dilihat dan didakwa terbaik di Asia Tenggara, tetapi ia bukanlah yang terawal mendaulatkan mahkamah syariah selepas rantau ini ditinggalkan penjajah barat. Ia ditinggalkan oleh umat Islam Bansa Moro, umat Islam Aceh dan Brunei Darussalam yang mendahului kia.
     
Sekalipun umat Islam Moro sedang bergelut bagi mendapatkan kedaulatan sebagai sebahagian dari bangsa Filipina, tetapi perundangan Islam telah didaulatkan. Aceh yang terpaksa berperang dengan kerajaan pusat Indonesia sudah beroleh autonomi mendaulatkannya. Dan demikian juga Brunei Darusslam sudah membuat apa yang terbaik dan terdaya.
      
Adapun Malaysia baru berdaulat kemerdekaannya tetapi Islam masih bergelut, sekadar memperkasakan mahkamah syariah saja berdepan dengan cabaran alang kepalang, sedang RUU3355 itu adalah kedaulatan yamg minima bagi perundangan Islam.
      
Himpunan di Padang Merbok adalah kejayaan awal sedang di depannya masaih banyak  ranjau. Kejayaan setakat ini baru merakamkan kesatuan umatnya pada usul persendirian itu. Pertama kali selepas peristiwa Natrah 1952 ia bersatu. Bersatu setakat memperkasa mahkamah tetapi perjalanan perundangannya masih jauh.
      
Ujian itu memberlkan pengesahan Parlimen. Atas husnuzzan yang baik kepada Allah, moga-moga dengan izinNya terbuka hati sekalian Anggota Parlimen meluluskannya. Sekalipun ramai antaranya menyata mahu menolaknya, namun Allah saja berupaya mengubah pendirian itu.
       
Moga-moga Allah buka hati sekalian ahli Parlimen jadi seperti penduduk Madinah yang dihijrahi Rasululah SAW dan penduduk Mekah yang didatangi robongan baginda bagi membebaskan Mekah, tiada yang membantah.
      
Allah telah menggerakkan DBKL dan polis membenarkan H355 berkumpul selangkah saja lagi dari tangga Parlimen. Penganjur tiada minta di situ tetapi ia ada pilihan lain, tetapi Allah hendak mendekatkan lagi mereka ke Parlimen. Allah tahu apa yang terbaik. Satu permulaan kesyukuran atas kesabaran semua. Tidak pernah ungu jadi pilihan. Ungu sudah datang. - HARAKAHDAILY 22/2/2017

Sunday, February 26, 2017

KISAH RASULULLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG TITISAN AIR HUJAN

Diriwayatkan (Al-Mustadrah Syeikh An-Nuri, jilid 5:355, hadis ke 72) 
 
Bahwa Rasulullah SAW bersabda,

“Disaat aku tiba di langit di malam Isra’ Miraj, aku melihat satu malaikat memiliki1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari. Aku melihatnya menghitung jarinya
satu persatu. Aku bertanya kepada Jibril as, pendampingku,
‘Siapa gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?.’

Jibril berkata, Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi."

Rasulallah SAW bertanya kepada malaikat tadi,
‘Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?.

’ Malaikat itupun berkata,
‘Wahai Rasulallah SAW, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran), sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai diciptakan Adam as sampai sekarang ini, begitu pula aku mengetahui jumlah titisan yang turun ke
laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung-gunung, ke lembah-lembah, ke sungai-sungai, ke sawah-sawah dan ke tempat yang tidak diketahui manusia."

Mendengar huraian malaikat tadi, Rasuluallah SAW sangat takjub dan bangga atas kecerdasannya dalam menghitung titisan air hujan.

Kemudian malaikat tadi berkata kepada Beliau,
‘Wahai Rasulallah SAW, walaupun aku memiliki seribu tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan
keulungan untuk menghitung titisan air hujan yang yang
turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan."

Rasulallah SAW pun bertanya,
‘Apa kekurangan dan kelemahan kamu?"

Malaikat itupun menjawab,
‘Kekurangan dan kelemahanku, wahai
Rasulullah SAW..., jika umatmu
berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namaMu lalu bershalawat atasMu, pada saat itu aku tidak bisa menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan Allah kepada
mereka atas shalawat yang mereka ucapkan atas Dirimu."
اللهم صل علا محمد و علا ال محمد