Beruntunglah orang yang
digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;
1- Rasulullah berpesan:
"Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah
dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan
masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat
(Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)
2- Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan
dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik."
(Riwayat Ahmad, Ibn Majah)
3- Rasulullah bersabda:
"Tiada seorang Muslimpun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke
masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya
sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama
menghilang." (Riwayat Ibn Majah)
4- Rasulullah bersabda:
"Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan
rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)
5- Rasulullah bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab
Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka
ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah
menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)
6- Rasulullah bersabda:
"Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada
hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut
pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."
7- Rasulullah bersabda:
"Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam
kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari
kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)
8- Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari
kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan
pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)
9- Rasulullah bersabda:
"Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid
menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat
menuju keredaan Tuhan." (Riwayat al-Baihaqi)
10- Rasulullah berasabda:
"Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke
masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga
setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat
Ahmad)
11- Allah berfirman:
"Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana
hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa." (Al-Hujurat 49: 13)
* Ya Allah semoga kami
menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.
"Ya Allah, bantulah
kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik
untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)
(Riwayat Abu Dawud)
Orang yang paling
bahagia, tenang jiwa dan sejahtera hati didunia adalah orang yang paling banyak
ingatan hatinya pada ALLAH. Segera taubat dan istighfar bila melakukan dosa dan
menzalimi diri sendiri, sabar dan redha tika ditimpa bala ujian, syukur atas
segala nikmat dan kurniaan, senantiasa harap dan takut pada ALLAH, kasih
dan cinta hanya pada Allah
No comments:
Post a Comment