Rasulullah saw. Bersabda
yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari
keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai
kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia
bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya
baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga
kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar
mempunyai kelebihan” (Hadith Riwayat Muslim)
-Islam menggalakkan umatnya
supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan
orang-orang yang memerlukan bantuan samaada dari segi harta benda, kewangan dan
sebagainya.
-Hikmah bersedekah ialah
untuk mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan
persaudaraan didalam Islam.
-Bagi golongan yang kaya yang
mempunyai harta kekayaan yang banyak digalakkan bersedekah dengan memberi
bantuan makanan kepada golongan yang amat memerlukan, bantuan basikal untuk
kanak–kanak kesekolah atau apa-apa sumbangan yang diperlukan bagi meraka yang
amat memerlukan.
No comments:
Post a Comment