Kita memilih demokrasi kerana demokrasi
memberi cara yang aman untuk kita mengajak
orang. Nabi SAW menyuruh kita sekiranya ada cara aman maka mula dengan cara yang aman
dahulu.
Rasulullah
SAW ketika berpesan kepada menantunya, Ali bin Abi Talib yang diarah menyerang
Khaibar, kota dimiliki oleh orang-orang Yahudi yang terkenal dengan zalim.
Sabdanya
bermaksud: “Jangan gupuh, jangan berperang lagi sehinggalah engkau berjalan
sampai di medan mereka, ajak mereka kepada Islam. Jika
bukan Islam suruh mereka mengucap dua kalimah syahadah. Jika mereka meninggal
Islam ajak meraka balik semula kepada Islam. Demi sesungguhnya kejayaanmu
memujuk seorang sahaja lebih baik daripada kenderaan yang paling mahal
harganya.”
Ini
menunjukkan bahawa ukuran kempen
termasuklah memujuk
hanya satu orang sahaja. Satu orang yang dipujuk ini pahalanya sampai ke dalam
kubur sehingga hari kiamat, selagi dia memujuk orang lain melahirkan keluarga
dan berpegang dengan Islam yang disampai kepadanya.
Ukuran
juga musuh menolak, musuh memaki-hamun kita, musuh menyakitkan hati kita, kita
diberi pahala kerana menghadapi kebencian musuh terhadap kita.
Ini
termasuk dalam jihad. Jihad bukan sahaja berperang. Jihad termasuklah yang
disebut oleh nabi SAW, “Jihad yang paling afdal ialah sanggup bercakap benar
terhadap kerajaan yang zalim.” (Hadis sahih).
KULIAH
YT
No comments:
Post a Comment