Dimana diri kita?
Assalamualaikum, saya paparkan statistik berkenaan umat Islam di
Malaysia untuk renungan kita bersama:
1. 50% sahaja umat Islam di Malaysia memiliki Al-Quran di rumah
dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya
2. 80% umat Islam memiliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton
ASTRO OASIS
3. 70% umat Islam tertarik dengan perkara yang membawa kepada
"Karnival" atau unsur yang membawa kepada hiburan
4. 50% menyokong program seperti Akademi Fantasia, Tomtombak,
Mentor dan rancangan yang seumpamanya
5. Hanya 10% umat Islam dari satu taman perumahan yang membantu
masjid atau surau di sebuah kawasan
6. Hanya 20% yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama
7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji
8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan
memakai T-Shirt
9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang
setiap bulan di panggung wayang
10. 95% umat Islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas
mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri
11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat
sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka
berwalikan kepada imam
12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun
seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti
ini yang unsurnya merosakkan minda
13. 50% umat Islam adalah kaki botol dan minum arak
14. 50% pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai anak mengaku
mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan
pelacur
15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah
mewah, kereta mewah dan duit yg banyak
16.Hanya 30% umat Islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada
setiap minggu
17. 3% umat Islam menunaikan solat Suboh secara berjemaah di
masjid atau surau setiap hari
18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas
konsep tidak suka jaga tepi kain orang
19. Hanya 10% umat Islam yang akan membantu saudaranya yang lain
terutamanya dalam soal duit
20. Dan hanya 1% sahaja umat Islam yang mengetahui Sifat 20
dalam ilmu ketuhanan
21. 90% umat Islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada
benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka,
kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada
Syirik kepada ALLAH
Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan
diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman Islam
di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang
boleh digolongkan kepada "orang mukmin?"
Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri.
Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu
dapat menyedarkan dan mendekatkan kita kepada ALLAH S.W.T?
Semua statistik adalah dari perangkaan JAIM, JAIS, sekolah pondok,
stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, dan kementerian perpaduan
penduduk.
No comments:
Post a Comment