Sunday, February 19, 2017

PERISTIWA BESAR UMAT ISLAM MALAYSIA

Dalam sejarah umat Islam di Malaysia, setakat ini terdapat 3 peristiwa besar yang menghimpunkan ribuan orang Islam untuk menyatakan sikap dan pendirian mrk terhadap Islam

Beruntunglah bagi mereka yang hidup di zaman- zaman tersebut dan turut menyertainya bagi membuktikan bahawa mereka sangat cinta kepada agama, yakni mencintai Allah dan Rasul saw melebihi yang lain-lain. 

Peristiwa-peristiwa itu ialah:

1- Peristiwa berhimpunnya para ulama. 
Cendiakawan Melayu dan orang-orang Islam di Gunung Semanggol pada 13 dan 14 Mac 1948 sehingga terbentuknya sebuah parti Politik pertama yang berteraskan Islam yg diberi nama Hizbul Muslimin @ HAMIM yg digeruni olh penjajah British ketika itu yang menganggapnya sebagai Bahaya Dari Gunung.

2- Peristiwa kedua berlaku iaitu Peristiwa Natrah.
Orang melayu dari Kelantan kayuh basikal turun ke Singapura, orang melayu di Pulau Pinang jalan kaki ke Singapura, orang melayu dari Perak dan Selangor tumpang kereta api barang untuk ke Singapura.

Pada tanggal 12 Disember 1950, beribu orang Melayu sudah sampai ke Singapura pada waktu tersebut orang Melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah.

Orang Melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British. Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha:

“kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah LAILAHAILLAH, adakah kamu yang menyebut kalimah LAILAHAILLAH juga mahu menghalang aku? kamu halanglah, aku akan tetap pergi.

Dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia. Inspektor Taha menyatakan “demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini”. laungan Allahukabar bergema di setiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang Melayu
Lalu datang askar British tembak orang-orang Melayu. Mengalir darah orang Melayu di tangga mahkamah tinggi Singapura.Seramai 18 orang terbunuh / mati syahid dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British. Mana-mana warga British di Singapura telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura.

Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. ISA telah digunakan bagi membendung keganasan merebak.

3- Peristiwa ketiga ialah Himpunan RUU 355 pada 18/02/2017 (Sabtu) nanti.
Setelah 60 tahun lebih berjuang untuk melihat undang-undang hudud ditegakkan di bumi Malaysia ini, In Sya Allah dengan sikap rakyat yang jelas mahu RUU 355 di mana dalamnya terdapat sebahagian daripada hudud dapat dilaksanakan, moga-moga kehadiran beramai-ramai ke perhimpunan tersebut memberi isyarat kepada MP supaya turut menyelami hati budi dan jiwa rasa rakyat muslim yang mengundi mereka yang mahu supaya MP merek turut  menyokong pindaan RUU355 kali ini yang di dalamnya sebahagian daripada hukum hudud yang berkaitan dengan beberapa kesalahan seperti yang terdapat dalam al-Quran dapat dilaksanakan.

Sama-sama kita berdoa semoga momentum yang ditunjukkan oleh rakyat ini akan memberi impak besar kepada Islam di negara Malaysia yang kita cintai ini.

No comments:

Post a Comment