Menyesali (putus asa)
atau memikirkan kematian (mati cepat lebih senang sebab tak perlu fikir susah-susah) bukanlah
jalan untuk menyelesaikan masalah yang terbeban. Menghadapi mati itu lebih
besar masalah/akibatnya berbanding dugaan hidup yang kecil ini.
ASAS permasalahan yang
berat itu dapat ditenangkan dengan 2 perkara iaitu istighfar dan DOA. Inilah 2
jenis rahmat yang dimiliki oleh setiap muslim. Mana ada dosa yang
tidak diampunkan, justeru jika kita ingin doa kita dimakbulkan maka caranya
adalah dengan memperbanyakkan Istighfar. Dengan banyak beristighfar itu doa
akan menjadi tajam. Jangan menyesal keadaan diri dengan mengatakan
"SEANDAINYA ......" kerana ia membuka ruang syaitan untuk menanam
pelbagai niat yang tidak baik.
Sentiasalah memohon
pertolongan dan bertawakal kepada Allah SWT kerana Allah SWT yang mengizinkan
berlakunya masalah dan atas kehendak-Nya juga masalah itu mampu diselesaikan.
TAWAKKAL......
Astaghfirullahal'adziim.
No comments:
Post a Comment