Adapun
hadis-hadis yang disebut dalam kitab tasawuf,
“Kami kembali daripada jihad yang kecil, kepada jihad yang lebih besar
iaitu jihad melawan hawa nafsu” adalah hadis maudak, hadis palsu. Ada ulamak mengatakan
paling kuat
hadis dhaif.
Ada juga ulamak mengatakan itu adalah kata-kata Ibrahim ibni Ablaf, bukan
ucapan nabi SAW
Walaupun
jihad melawan hawa nafsu itu besar tetapi apa makna hawa nafsu.
Hawa nafsu maknanya kita menggadai agama kerana dunia. Orang yang
tidak sanggup bekerja melawan musuh-musuh Islam kerana sayang kepada hartanya,
pangkatnya, kedudukan dan keselesaan hidup, ini orang yang sudah kalah dengan
hawa nafsunya.
Nabi
menyuruh kita berjihad dengan sesiapa sahaja. Sabda nabi SAW bermaksud, “Jihad
itu wajib bersama dengan setiap pemimpin sama ada yang baik atau pun fasik. Di
sinilah para sahabat dan tabi’ menyertai jihad di zaman Amawiyah, ketua jihadnya
Hajad bin Jusuh at-Takowi yang membunuh Abdullah bin Zubir, Yazid yang membunuh
Husin bin Ali RA, cuci nabi SAW.
Mereka
mengutuk pembunuhan ini, tetapi apabila pemimpin-pemimpin yang zalim ini
mengerahkan untuk berjihad masuk ke India, masuk ke utara Afrika, mereka
menyertai kumpulan jihad ini kerana menunaikan hadis
nabi SAW jihad bersama orang yang baik dan orang fasik.
Kita
hari ini bila tidak berpuas hati dengan calon tidak pergi mengundi dan tidak
membuat kerja. Ini Islam jenis apa. Islam guna akal bukan guna hukum syariat.
Di
peringkat awal dulu ahli-ahli bekerja secara faham dengan agama. Walaupun calon
itu sembahyang tidak cukup, ahli tetap bekerja untuk memenangkan calon itu.
Jika dia menjual undi, dia berdosa dan kita telah menunaikan kewajipan. Ada
calon muslimat tudung kepala pun tidak ada dan ada orang komen bagaimana hendak
menyokong calon sebegitu keadaannya. Tok guru masa itu berkata, “Kamu kena
bekerja untuk calon itu walaupun calon itu katak puru.”
No comments:
Post a Comment