Kelebihan penuntut ilmu
khasnya ilmu al-Quran.
1)
Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar al-Quran.
2) Ahli al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerana tiada amalan yang
lebih mulia dari membaca al-Quran.
lebih mulia dari membaca al-Quran.
3) Yang
mahir dengan al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para
nabi ‘alaihimussalaam.
4)
Pembaca al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan
rasa yang enak iaitu disukai ramai.
5)
Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang
dibaca sewaktu di dunia.
6) Pembaca al-Quran
yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.
7) Pendamping
al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemulian dan akan mendapat keredaan
dari Allah Ta’ala.
8) Sebanyak mana
seseorang itu menghafal al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma
bezanya ianya bukan nabi.
9) Hafiz al-Quran
dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada 10 orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.
10) Barangsiapa yang beramal
dengan al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di
akhirat.
11) Pendengar kepada
bacaan al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.
12) Pembacanya tidak
digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.
13) Pembaca yang
bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70×340 740= 23 851 800)
berbanding yang baca secara biasa.
14) Pembaca
yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.
15) Allah berbual dengan
pembaca al-Quran.
16) Manusia yang paling
dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu al-Quran.
17) Pembaca yang tahu
makna al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami isi kandungannya
No comments:
Post a Comment