Berikut adalah contoh-contoh laras bahasa mereka beserta sanggahan serba ringkas:
⚫Mereka kononya mahukan keadilan Islam tanpa undang-undang Islam. Ibarat mahu kenyang tanpa makan.
⚫Mereka meminta untuk menunggu hingga keadaan kondusif baru boleh laksanakan undang-undang Islam. Ibarat tunggu sembuh baru berubat.
⚫Mereka beralasan perlu pastikan rakyat semua faham Islam terlebih dahulu baru boleh laksanakan undang-undang Islam. Bagaimana dapat dipenuhi tuntutan tersebut sedangkan orang jahil lahir setiap minit.
⚫Mereka mendakwa bahawa hudud, qisas dan ta'zir bukan satu-satunya fokus Islam. Ya, itu semua bukan semata-mata fokus Islam. Bahkan ia merupakan mekanisma yang diperintahkan oleh Allah untuk memperbaiki negara dan rakyat. Maka ia adalah tuntutan agama dan isu nasional.
⚫Mereka melaungkan yang penting kita laksanakan maqasid. Hakikatnya maqasid bukanlah perlaksanaan. Sebaliknya ia adalah kesan yang terhasil setelah melaksanakan syariat. Oleh kerana itu ia dinamakan Maqasid al-Syariah.
⚫Menolak dan mencipta pelbagai alasan untuk tidak bersetuju dengan kanun jenayah syariah adalah antara ciri masyarakat yang rosak. Masing-masing menolak seolah-olah mereka semua pernah terlibat dengan kesalahan-kesalahan tersebut.
Sepatutnya logik kita memikirkan semakin rosaknya masyarakat, bermakna semakin mereka memerlukan Islam. Ibarat pesakit yang sedang tenat amat memerlukan ubat dengan kadar segera.

No comments:
Post a Comment