Sabda
nabi SAW: “Kami para nabi diperintah oleh Allah supaya meletakkan orang kena
pada tempatnya.”
Apa makna meletakkan orang kena pada
tempatnya?
Bila
hendak menghantar penceramah atau pendakwah di sesebuah kampung mestilah
penceramah orang tahu tentang kampung itu, yang mudah difahami oleh orang
kampung itu, bercakap dengan bahasa yang boleh difahami oleh akal mereka.
Janganlah menghantar seorang profesor berceramah di kampung yang 90% buta
huruf. Begitu juga bila hendak berdepan dengan para cerdikiawan, mestilah
hantar orang yang boleh berhujah.
Khidmat
masyarakat boleh menarik orang kepada Islam. Antara yang paling menarik ialah
akhlak Islam, perangai Islam, sifat Islam yang mesti ditunjukkan kepada orang
bukan Islam.
Bila
nabi hendak berhijrah dari Mekah ke Madinah nabi memesan kepada Saidina Ali
jangan berhijrah lagi supaya menunaikan amanah simpanan penduduk Mekah yang
bukan Islam daripada nabi SAW. Nabi tidak membawa bersama barang-barang
simpanan orang bukan Islam ke Madinah tetapi nabi menunaikan amanah dengan
memulang semula barang-barang yang disimpan di rumah nabi SAW.
Di
Madinah nabi gadai barang kepada orang Yahudi, padahal Saidina Othman kaya,
Abdul Rahman bin Auz kaya dan berjanji akan bayar dalam masa beberapa bulan.
Tiba-tiba orang Yahudi ini menemui untuk minta hutang sedangkan gadaian belum
lagi matang. Si Yahudi itu bercakap di hadapan para sahabat dengan bahasa yang
kasar, “Kamu Muhamad memang sukar bayar hutang dan keturunan kamu terkenal
dengan sukar bayar hutang.”
Para
sahabat mahu bertindak tetapi nabi kata: “Jangan, memang aku berhutang sungguh
tetapi tempuh bayaran belum sampai lagi. Wahai Omar bawa dia dan selesai
hutangnya dengan bayaran yang lebih.”
Dalam
perjalanan si Yahudi itu bertanya kepada Saidina Omar, “Kamu tidak kenal ke
aku?”
Saidina
Omar selepas memandang wajahnya lalu berkata: “Kenapa kamu bercakap begitu
dengan Rasulullah?”
Jawab
Yahudi, “Aku bercakap begitu kerana aku hendak uji kesabarannya. Sekarang aku
yakin dia seorang rasul kerana dia dapat menahan kemarahan.”
Lalu
mereka berdua lipat balik dan si Yahudi mengucap dua kalimah syahadat di
hadapan nabi SAW.
Pedagang-pedagang
yang datang ke alam Melayu membawa barang dagangan dan berdakwah. Kerajaan dan
raja-raja diajak masuk Islam dan memerintah dengan Islam. Mereka bukan ulamak
dan tidak pandai berhujah tetapi bila waktu sembahyang mereka sembahyang,
mereka tidak menipu perniagaan dan mereka suka menolong orang menyebabkan
penduduk Tanah Melayu masuk Islam.
KULIAH
YT
No comments:
Post a Comment