Firman Allah Ta’ala surah al-Imran (surah 3) ayat 104 bermaksud:
Allah SWT berfirman:
وَلْتَكُنْ مِّنْكُمْ اُمَّةٌ يَّدْعُوْنَ اِلَى الْخَيْرِ
وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
ؕ وَاُولٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (QS.
al-Imran 3:104)
Ada beberapa perkara penting
yang perlu kita semua faham:
1. Kita mesti menanamkan
keyakinan atas perjuangan kumpulan ini kerana kumpulan ini memenuhi sifat-sifat
dan ciri-ciri kumpulan Islam yang meneruskan perjuangan nabi Muhamad SAW di
zaman tiada lagi nabi dan rasul selepasnya sehingga hari kiamat.
Allah SWT mewajibkan adanya
satu kumpulan yang memenuhi dan melaksanakan tiga perkara yang penting.
i) Berdakwah.
Menyeru kepada yang baik.
Ulamak mengatakan maksud ‘alkhair’ (yang baik) itu ialah ajaran Islam. Ajaran
Islam yang sempurna, menyeluruh dan terkandung di dalamnya perkara iman,
syariat, akhlak, muamalat, keluarga, politik dan lain-lain.
Itulah Islam yang disebut
dalam Quran yang disebut oleh nabi SAW. Kumpulan ini menjadikan secara tulisan
di dalam perlembagaannya, ‘hukum yang tertinggi bagi kumpulannya ialah Quran,
hadis, ijmak ulamak dan qias.
ii) Amal makruf dan nahi
mungkar.
Menyuruh
kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.
Menyuruh
kepada semua yang baik yang ada dalam ajaran Islam, yang wajib, sunat dan yang
harus mesti dibuat. Meninggalkan yang haram dan sebuleh-buleh meninggalkan yang
makruh.
iii) Mencegah
kemungkaran, mencegah perkara yang mungkar yang bercanggah dengan syariat Allah
SWT.
Menyuruh
dan mencegah ini seboleh-bolehnya dengan tangan. Kalau tidak mampu dengan
tangan cegah dengan lidah dan jika tidak mampu juga hendaklah benci dalam hati.
Ini menunjukkan bahawa kumpulan Islam itu mestilah berpolitik. Sama ada menjadi
kerajaan berkuasa mengubah dengan tangan, menyuruh dan mencegah, atau pun
menjadi pembangkang, menasihat dengan lidah, atau pun benci dalam hati, melahirkan
kemarahan secara demontrasi dan sebagainya.
Semua
nabi dan rasul berdakwah dan berpolitik. Tidak ada pemisahan antara dakwah dan
politik. Bacalah Quran mengenai kisah nabi-nabi daripada Adam, Nuh, Ibrahim sehingga
nabi Muhamad SAW. Nabi-nabi itu menjadi ketua negara, memerintah atau pun
nabi-nabi itu menjadi ketua pembangkang melawan kerajaan. Ada nabi-nabi yang
memimpin kerajaan di masa hidup.
Ada
nabi-nabi yang mati dengan ajal biasa, disambung oleh pengikut dan mendirikan
kerajaan selepasnya. Ada nabi-nabi yang mati dibunuh seperti nabi Zakaria,
Yahya dan lain-lain.
Jika kumpulan Islam tidak memenuhi ketiga-tiga perkara ini adalah
tidak sempurna sifatnya sebagai kumpulan Islam yang meneruskan perjuangan nabi.
Walaupun ada berbagai-berbagai kumpulan
Islam dalam negara kita, Allah Ta’ala memberi kelebihan kepada kita.
Firman Allah Ta’ala surah al-Maidah (surah 5) ayat 54-56:
يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مَنْ يَّرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ
دِيْـنِهٖ فَسَوْفَ يَأْتِى اللّٰهُ بِقَوْمٍ يُّحِبُّهُمْ وَيُحِبُّوْنَهٗۤ
ۙ اَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ اَعِزَّةٍ عَلَى الْكٰفِرِيْنَ
ۖ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَلَا يَخَافُوْنَ لَوْمَةَ
لَاۤئِمٍ ؕ ذٰ لِكَ فَضْلُ اللّٰهِ يُؤْتِيْهِ مَنْ
يَّشَآءُ ؕ وَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ
Wahai
orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya
(jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka
dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap
orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir,
mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak
takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia
Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha
Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya." (QS. al-Maidah 5:54)
اِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللّٰهُ وَرَسُوْلُهٗ وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوا الَّذِيْنَ يُقِيْمُوْنَ الصَّلٰوةَ وَيُؤْتُوْنَ الزَّكٰوةَ وَهُمْ رَاكِعُوْنَ
Sesungguhnya
Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman,
yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk
menjunjung perintah Allah)." (QS. al-Maidah 5:55)
وَمَنْ
يَّتَوَلَّ اللّٰهَ وَ رَسُوْلَهٗ وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا فَاِنَّ حِزْبَ اللّٰهِ
هُمُ الْغٰلِبُوْنَ
Dan
sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu
penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang
kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang." (QS. al-Maidah 5:56)
Hanya
mereka yang diberi kelebihan oleh Allah yang sanggup menyertai kumpulan seperti
ini, kerana kumpulan ini mesti berjihad, mesti menghadapi kepayahan dan
kesusahan, berdepan dengan kerajaan yang zalim, kerajaan yang meninggalkan
Islam.
Banyak
kalangan kita tidak sanggup menghadapi kesusahan ini. Mereka ini menubuhkan
berbagai-bagai jemaah. Tetapi kita tidak boleh melekeh dan bermusuh dengan
mereka walaupun mereka cuba mempertahankan diri daripada kelemahan mereka.
Pujuk dan ajak mereka menyokong kita dalam pilihan raya.
Jangan
sampai kumpulan Islam berpecah sehingga menyebabkan penubuhan golongan Islam yang
boleh diperalatkan oleh musuh. Di Indonesia ramai calon parti Islam kalah
kerana berpecah. Di Algeria ada lima enam parti Islam, di Turkey ada tiga parti
Islam dan di Mesir ada ura-ura tiga parti Islam. Perpecahan dan penubuhan
banyak parti Islam menyebabkan matlamat sebenar perjuangan untuk mengguling
pemerintah yang zalim tidak boleh dicapai.
2.
Peranan muslimat dalam kumpulan Islam.
Peranan
muslimat dalam kumpulan atau parti Islam dinyatakan dalam Quran dan hadis nabi
SAW.
Firman
Allah Ta’ala surah at-Taubah (surah 9) ayat 71:
وَالْمُؤْمِنُوْنَ
وَالْمُؤْمِنٰتُ بَعْضُهُمْ اَوْلِيَآءُ بَعْضٍ ۘ يَأْمُرُوْنَ
بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيْمُوْنَ الصَّلٰوةَ
وَيُؤْتُوْنَ الزَّكٰوةَ وَيُطِيْعُوْنَ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ ؕ
اُولٰۤئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّٰهُ ؕ اِنَّ اللّٰهَ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ
“Dan
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong
bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang
daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat,
serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh
Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (QS. at-Taubah
9:71)
Ayat
ini telah menyenaraikan:
1.
Menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran.
2. Mendirikan
sembahyang.
3.
Menunaikan zakat.
4.
Mentaati Allah dan rasul.
Dalam
rukun-rukun iman dan rukun Islam Allah dan rasul didahulukan. Tetapi ayat ini
mendahulukan amal makruf dan nahi mungkar, kerjasama antara mukminin dan
mukminat, lelaki dan perempuan. Susunan ayat itu menunjukkan betapa penting
kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Kemuncaknya ialah
berjihad.
Apa makna berjihad?
Perkataan
jihad dari kalimah bahasa Arab, al-jahdu dan al-juhdu. Al-jahdu bermakna
kesulitan dan kepayahan. Al-juhdu bermakna tenaga dan kekuatan. Dengan ini
kerja jihad mesti menghadapi kepayahan dan kesilitan serta mesti sanggup
mengorbankan tenaga, harta-benda, fikiran, kesihatan tubuh badan, masa muda
kita, masa kosong kita dan segala nikmat yang diberi oleh Allah. Hanya mereka
yang dipilih oleh Allah sahaja yang sanggup menunaikan kerja jihad.
Mengapa
memilih demokrasi? Tidakkah demokrasi daripada barat?
Perkataan
demokrasi memang daripada barat, tetapi demokrasi moden, pembaharuan demokrasi
melalui fekah politik Islam yang ditulis ulamak-ulamak di dalam kitab-kitab
mereka.
Ulamak
menulis penglibatan muslimat sebagaimana diriwayatkan di dalam hadis-hadis yang
sahih, perjuangan nabi di Mekah melibatkan muslimin dan muslimat. Ketika
berhijrah ke Madinah nabi SAW mengajak golongan ansar, Aus dan Khasraj
berbai’ah. Bai’ah yang terkenal, “Aku minta kamu berjanji dengar dan taat
perintah aku (iaitu perintah Allah dan rasul) di masa rajin dan malas,
menyumbangkan harta-benda di masa senang dan susah, menyuruh kepada yang baik
dan mencegah kemungkaran, sanggup mengatakan yang benar walaupunn dicela oleh
orang, termasuk dicela oleh media hari ini, menolong dan mempertahankan aku
(iaitu mempertahankan Islam) sebagaimana mempertahankan harta-benda, Allah menjanjikan
syurga kepada kamu.”
Dalam
bai’ah ini melibatkan wakil muslimat di kalangan ansar. Nabi SAW melibatkan
muslimat dalam perjalanan jihad di medan peperangan disertai oleh ummahatil
mukminin RA, disertai oleh isteri-isteri para sahabat. Para sahabat yang muda-muda
pun ikut sama dengan keluarga mereka. Muslimat merawat mereka yang cedera dan
sakit, menyediakan bekalan makanan dan pada masa dharurat mereka bertempur di
medan perang.
No comments:
Post a Comment