Tidak ada manusia yang lebih mulia daripada
para sahabat.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Jangan kamu cerca sahabat aku, jika kamu
sedekah emas sebesar bukit Uhud sekalipun tidak sama dengan sahabat aku yang sedekah
secupak atau setengah cupak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi tidak ada manusia yang boleh
lawan kedudukan para sahabat.
Firman Allah Ta’ala:
“Wahai orang-orang beriman…”
Istilah orang-orang beriman rujuk kepada
siapa?
Ulamak mengatakan makna umum rujuk kepada
semua orang beriman, tetapi makna khusus rujuk kepada Asyhabirrasul
SAW sebab ayat itu turun kepada mereka.
Tetapi malangnya ada mereka yang
mencercakan para sahabat antaranya para Syiah. Hari ini berapa ramai orang
menghina para sahabat. Isu Saidini Ali dengan Muawiyah masih dipertikaikan
lagi.
Di dalam al-Quran Allah telah memuliakan para
sahabat antaranya:
Firman Allah Ta’ala surah Al-Fathu (surah 48)
ayat 18-19:
لَـقَدْ رَضِيَ اللّٰهُ عَنِ الْمُؤْمِنِيْنَ اِذْ يُبَايِعُوْنَكَ
تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِيْ قُلُوْبِهِمْ فَاَنْزَلَ السَّكِيْنَةَ
عَلَيْهِمْ وَاَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيْبًا
( 18 )
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika
mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah
naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa
yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam
hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan
membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya;
وَّمَغَانِمَ
كَثِيْرَةً يَّأْخُذُوْنَهَا ؕ وَكَانَ اللّٰهُ عَزِيْزًا
حَكِيْمًا
( 19 )
Dan juga dengan banyak harta rampasan perang, yang mereka akan dapat
mengambilnya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Ayat
itu menyatakan Allah redha dengan mereka yang membuat pengakuan taat setia
kepada nabi SAW dalam perjanjian Hudaibiyah. Peristiwa nabi Muhamad SAW hendak
pergi membuat umrah di kota Mekah gagal kerana ada sekatan oleh para musyrikin.
Bila mendengar berita Saidina Uthman yang menjadi wakil perjanjian itu dibunuh
para sahabat berikrar taat setia kepada nabi Muhamad SAW untuk mempertahankan
Islam. Jumlah mereka ialah 1400 orang.
Allah Ta’ala
menurunkan ayat Quran menyatakan Tuhan redha yang membuat ikrar Hudaibiyah itu.
Redha Allah bermakna semua mereka masuk syurga.
Firman Allah
Ta’ala surah at-Taubah (surah
9) ayat 100:
وَالسّٰبِقُوْنَ
الْاَوَّلُوْنَ مِنَ الْمُهٰجِرِيْنَ وَالْاَنْصَارِ وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْهُمْ
بِاِحْسَانٍ ۙ رَّضِيَ اللّٰهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ وَاَعَدَّ
لَهُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِيْ تَحْتَهَا الْاَنْهٰرُ خٰلِدِيْنَ فِيْهَاۤ
اَبَدًا ؕ ذٰ لِكَ الْـفَوْزُ الْعَظِيْمُ
( 100 )
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi
bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan
orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan
taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia
menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
Itu
merupakan sanjungan kedua yang Allah beri kepada mereka bergelar sahabat.
Firman Allah
Ta’ala surah at-Taubah (surah
9) ayat 88-89:
لٰـكِنِ الرَّسُوْلُ
وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مَعَهٗ جَاهَدُوْا بِاَمْوَالِهِمْ وَاَنْفُسِهِمْ
ؕ وَاُولٰۤئِكَ لَهُمُ الْخَيْـرٰتُ ۖ وَاُولٰۤئِكَ هُمُ
الْمُفْلِحُوْنَ
( 88 )
(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman
bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah
orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya.
اَعَدَّ اللّٰهُ لَهُمْ
جَنّٰتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ خٰلِدِيْنَ
فِيْهَا ؕ ذٰ لِكَ الْـفَوْزُ الْعَظِيْمُ
( 89 )
Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah
kemenangan yang besar.
Ayat
menunjukkan pujian Allah kepada para sahahabat.
Firman Allah
Ta’ala surah al-Anfal
(surah 8) ayat 74-75:
وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا
وَهَاجَرُوْا وَجٰهَدُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَالَّذِيْنَ اَاوَوْا
وَّنَصَرُوْۤا اُولٰۤئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُوْنَ حَقًّا ؕ
لَّهُمْ مَّغْفِرَةٌ وَّرِزْقٌ كَرِيْمٌ
( 74 )
Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan
Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat
kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu),
merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh
keampunan dan limpah kurnia yang mulia.
وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا
مِنْۢ بَعْدُ وَهَاجَرُوْا وَجَاهَدُوْا مَعَكُمْ فَاُولٰۤئِكَ مِنْكُمْ
ؕ وَاُولُوا الْاَرْحَامِ بَعْضُهُمْ اَوْلٰى بِبَعْضٍ فِيْ كِتٰبِ
اللّٰهِ ؕ اِنَّ اللّٰهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ
( 75 )
Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan
berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada
itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak
atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Ayat
menyatakan sanjungan Allah SWT kepada para sahabat.
Sahabat yang
disebut namanya dalam Quran cuma ada seorang sahaja. Cerita mengenai para
sahabat banyak tetapi cuma seorang sahaja yang namanya disebut dalam Quran.
Beliau ialah Zahid bin Harisah RA. Ini bermakna hebatnya Zahid bin
Harisah.
Ada beberap
hadis menunjukkan kehebatan Asyhabirrasul SAW.
Hadis 1:
Aukamal Khan
“Jangan kamu
caci para sahabat aku, sekiranya seorang daripada kamu menafkah emas sebesar
gunung Uhud sekalipun tidak akan sama ganjaran yang dilakukan oleh mereka
walaupun secupak atau setengah cupak.”
Ini
menunjukkan kedudukan para sahabat cukup tinggi.
Hadis 2:
Aukamal Khan
“Abu Musa
al-Syaari berkata kami mengerjakan solat Maghrib bersama Rasulullah SAW, nabi
SAW memegangnya dan berkata keturunan kamu akan memperbetulkan agama aku.”
Sabda nabi
SAW itu benar dan Abu Hasan al-Syaari pengasas yang mencipta sifat 12 dan
dicantum menjadi sifat dua puluh.
Hadis 3:
Aukamal Khan
Amran bin
Husin mengatakan nabi SAW bersabda: “sebaik-baik kurun adalah kurun aku,
kemudian orang yang hidup selepas kurun aku (para tabi’in), kemudian kurun
selepasnya (golongan selepas tabi’in)
Seratus
hijrah pertama adalah zaman para sahabat, seratus hijrah kedua adalah zaman
tabi’in. Antara iman yang termasuk dalam golongan tabi’in ialah imam Malik bin
Anas, imam Azzuhri, imam Abu Hanifah.
Tiga
ratus tahun ketiga adalah golongan selepas tabi’in. Antara imam yang termasuk
dalam golongan ini ialah imam Syafie dan imam Ahmad bin Hambal.
Di
kalangan peringkat ini para sahabat duduk di peringkat pertama iaitu seratus
tahun pertama
No comments:
Post a Comment