Wednesday, February 15, 2017

MELAYU SELEPAS MERDEKA



Tahukah anda?

1.  Suatu masa dahulu daripada 100 tentera Belanda yang bertugas di kapal dagang besar hanya 5 yang hidup dan kembali ke kampung halaman. Manakala yang lainnya kebanyakan mati di Betawi kerana malaria. Walaupun begitu tanpa patah semangat orang Belanda terus datang menjarah dan membawa pulang laba yang lumayan ke negara asalnya. 

2.  Daripada 100 orang China papa yang datang ke Tanah Melayu, bekerja di ladang dan lombong, hanya 10 yang hidup. Yang selebihnya mati kerana malaria, taun atau tibi. Kerja keras yang panjang, rumah kongsi lembab dan kotor, tiada rawatan kesihatan, mendedahkan mereka kepada penyakit dan penderitaan. Walaupun begitu mereka cekal hati seta berjaya mengumpul kekayaan di sini.

MELAYU

Selepas merdeka, demi kasih sayang kepada bangsa yang sentiasa ditimpa malang, cerdik pandai Melayu banyak menulis buku dan kajian panjang. Kertas kerja berjela-jela dibentang siang malam. Anak-anak Melayu diberi pendidikan tinggi dan pencapaian mereka bukan calang-calang. Biarpun telah banyak air mata, wang dan keringat dicurahkan, tetapi Melayu masih tertinggal di belakang. Ekonomi negara masih dikuasai orang. Biarpun ada perubahan Melayu masih ketinggalan dalam banyak bidang, tidak sepadan dengan keringat dan pelaburan.

No comments:

Post a Comment