السلام عليكم ورحمةالله
تعالى وبركاته
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ
ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Kerja adalah Ibadah dan Amanah
Pekerjaan adalah satu
amanah besar yang mesti ditunaikan oleh setiap insan. Pekerjaan tanpa mengira
bentuknya adalah baik sekiranya tidak bercanggah dengan syarak. Secara umumnya
tiada beza di sisi Allah SWT seorang yang berjawatan tinggi dengan seorang yang
berjawatan rendah.
Sifat amanah dikatakan
sebagai sesuatu beban yang tidak terpikul dan telah ditolak oleh
makhluk-makhluk Allah SWT yang lain, namun manusia pula sanggup untuk
memikulnya. Ia berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah al-Ahzaab, ayat 72.
Amanah ialah penjagaan
hak-hak dengan sempurna dan disampaikan kepada tuannya. Bidang amanah terlalu
luas meliputi agama dan kewajipan syarak, kepimpinan, bidang pekerjaan seperti
pentadbiran, perniagaan, perkilangan, rumahtangga dan sebagainya. Setiap insan
mestilah menunaikan amanah-amanah ini dengan sempurna terutama amanah agama
yang asasnya ialah tidak menyembah sesuatu pun selain Allah.
“Sesungguhnya Allah
menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang
berhak menerimanya)”.
(An-Nisa’: 58)
(An-Nisa’: 58)
Sabda Rasullullah SAW
yang bermaksud:
“Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah”.
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)
“Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah”.
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Berdasarkan ayat dan
hadis di atas amanah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan. Perintah di
sini wajib sebagaimana perintah-perintah yang lain seperti solat, puasa dan
sebagainya. Amanah adalah cabang keimanan, seseorang yang beriman mempunyai
sifat amanah dan sebaliknya pula orang tidak amanah itu menandakan kekurangan
imannya.
Setiap pekerja mestilah
sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana kurniaanNya itu. Seorang staff yang
muslim mestilah berusaha sedaya yang mungkin untuk menjadi seorang yang
cemerlang dan profesional dalam bidangnya. Kecermelangan dan keprofesionalan
bukan untuk staff akademik sahaja, malah untuk semua staff. Seorang kerani dia
boleh menjadi kerani yang profesioanal, seorang mekanik juga boleh menjadi
mekanik yang profesianal dan seorang tukang sapu pun boleh menjadi seorang
tukang sapu yang profesianal.
Asas yang paling utama di
dalam kecermelangan dan keprofesionalan pekerjaan, bergantung kepada penunaian
amanah dan tangungjawab yang diberikan. Sekiranya seorang staff itu cuai dalam
menunaikan amanah bermakna dia seorang yang gagal, terkebelakang dan akan
dipersoalkan nanti di akhirat.
Bahkan amanah dalam diri
pekerja akan menjadikan kita sentiasa tekun dan bersungguh-sungguh serta
dedikasi melakukan pekerjaan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah
menyukai apabila seseorang kamu bekerja dengan tekun”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Dalam membicarakan
tentang sifat amanah ketika bekerja, tidak dapat tidak seseorang pekerja wajib
memenuhi kedua-dua amanah iaitu kepada Allah SWT dan amanah sesama manusia. Ia
jelas diisyaratkan melalui firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)".
(Al-Anfal: 27)
Mengetahui bidang
tugasnya, seorang staff yang profesional tidak perlu diberitahu secara
berulang-ulang tentang tugasnya. Dia hanya perlu ditunjuk ajar sekali, kemudian
dia sendiri akan menyelesaikannya tanpa perlu ditegur lagi. Dia akan
menyiapkankanya sebelum atau tepat pada waktunya. Dia tidak mengenal erti
tangguh menangguh. Contohnya, pembuat soalan yang profesional akan menyiapkan
soalan dengan baik dan menghantarkan kepada penyelaras pada waktu yang
ditetapkan. Dia memahami masalah yang akan dihadapi oleh penyelaras sekiranya
dia lewat menghantar soalan. Jadi pembuat soalan yang tidak bersifat sedemikian
adalah pembuat soalan yang tidak profesional, tidak cemerlang dan
berkepentingan diri.
Mempunyai rasa
tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain menyelesaikannya. Contohnya
dalam dewan peperiksaan, seorang pengawas atau pembantu pengawas yang
profesional mengetahui kerja yang perlu mereka siapkan tanpa ada sifat harap
mengharap. Pengawas dan pembantu pengawas mesti bekerjasama dengan ketua
mengutip slip kehadiran, mencatat kehadiran dan mengira skrip. Jangan
membiarkan ia dilakukan oleh segelintir pengawas atau pembantu pengawas, yang
lain duduk di penjuru-penjuru dewan menanti waktu tamat.
Melakukan setiap tugas
dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik. Contohnya, seorang kerani yang
cemerlang akan memastikan surat atau sebarang dokumen yang diperlukan siap pada
masa yang ditetapkan.
Menunjukkan sifat
komitmen kepada kerja dan tidak berdalih. Sentiasa ada ketika diperlukan dan
lebih mementingkan kerjanya daripada tugas-tugas yang tidak berkaitan. Seorang
staff yang berkaliber akan peka dengan perkembangan di tempat kerja, dia tidak
akan menggunakan alasan seperti tidak tahu ada meeting, tidak tengok surat
lagi, lewat diberitahu dan pelbagai alasan lain. Sebaliknya dia akan cuba buat
sehabis baik dengan menggunakan kepakaran dan kreativiti yang ada sehingga
dapat mengubah situasi yang tegang kepada situasi yang tenang tanpa menyalahkan
sesiapa.
Menjauhkan diri daripada
sebarang sifat khianat dan tidak bermaruah, seperti rasuah, pecah amanah,
bocorkan soalan dan membuat sesuatu untuk kepentingan diri.
Sabda Rasullullah SAW
yang bermaksud:
"Ada tiga tanda munafiq: Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati".
"Ada tiga tanda munafiq: Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati".
Sifat amanah sangat
berkait rapat dengan keimanan seseorang. Seseorang yang beriman adalah orang
yang bersifat amanah dan menerima segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan
kepadanya dengan jujur.
Rasullullah SAW bersabda
yang ertinya:
“Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram)”.
“Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram)”.
Sesungguhnya, pekerja
yang amanah dan meletakkan syariat Islam sebagai pegangan semasa bekerja akan
sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.
Justeru, marilah
sama-sama kita bermuhasabah dan istiqamah pada niat seawal melangkah keluar
dari rumah bahawa semua kerja yang dilaksanakan kerana Allah SWT.
Mudah-mudahan setiap
pergerakan dari mula hingga pulang ke rumah dikira sebagai ibadah dan rezeki
yang diterima penuh dengan keberkatan...
No comments:
Post a Comment