Wednesday, February 15, 2017

PUISI - DI MANA SILAPNYA



Melayu belajar tinggi seperti Cina juga.
Tidak kiralah di dalam atau luar negara.
Jika intelek Cina ramai Melayu pula apa kurangnya.
Cina dan Melayu diberi otak serupa.
Cina dan Melayu diberikan kekuatan sama.

Bahkan Melayu ada kelebihan kuasa.
Tetapi mengapa pula Cina lebih berjaya.
Cina memang kuat berdoa dan berusaha.
Siang malam memohon untung laba.
Sembahyang dengan colok pagi dan petang.
Doa mereka banyak diterima tuhan.

Melayu pula tidak kurang doa, zikir dan usahanya.
Siang malam bermunajat di tikar solat.
Tetapi doa mereka kurang dikabulkan.
Di mana silap dan apa yang tidak kena.

Memang ada Melayu lebih berdoa daripada berusaha.
Lebih sembang daripada bekerja.
Tetapi ramai Melayu tabah, cekal dan perkasa.
Ramai berpangkat tinggi di luar sana.
Walaupun tidak ramai usahawan dan peniaga.

Dunia berjalan menurut hukum hakamnya.
Kelebihan akal, ilmu dan usaha bukanlah segala-galanya.
Cina berjaya kerana mengambil peluang dan memanfaatkannya.
Mereka berkongsi cita-cita sesama mereka.
Mereka menolong dan bekerjasama sesama bangsa.
Mereka bangunkan yang rebah.
Mereka tegakkan yang condong.
Itulah kunci kejayaan mereka.

Dan Melayu pula buat apa?
Yang tertulis di atas barangkali ada benar dan salahnya.
Tapi apa bala menimpa Melayu sebenarnya?
Bala itu datang daripada Melayu berkuasa.

Paling celaka yang rasuah dan salahguna kuasa.
Pentingkan diri dan tamak haloba.
Mereka gadai dan jual hak bangsa
Mereka  menyangak khazanah negara.
Mereka samun wang untuk marhaen tanpa rasa hiba.
Mereka bolot permit, lesen, projek dan peluang niaga.
Mereka lesapkan tanah rezab Melayu tanpa gantinya.
Mereka perkayakan diri dan suku sakat saja.
Tidak cukup ruang ini untuk senarai dosa mereka.
Mereka lahir untuk hidup keji dan mati hina.

Berkata ibu pertiwi,
Kalau ibu tahu engkau sekutuk ini.
Ibu cekik kamu semasa bayi lagi.
Ibu cincang kamu untuk makanan babi
Kamu hidup bukan untuk berbakti.
Kamu parasait kepada bangsa sendiri.
Kamu wajib diterajang keluar dari sini.
Dihumban ke penjara atas khianat
kepada bangsa sendiri.

Imbas kembali orang Belanda dan Cina tadi.
Sukarnya untuk mencari sekeping roti atau sesuap nasi.
Menggadai nyawa dan mati untuk orang yang dikasihi.
Mereka tetap cekal dan tabah hati.
Kerja keras diperturunkan generasi ke generasi.
Tolong menolong dan menyokong sesama sendiri.
Mereka tidak khianati bangsa sendiri.
Akhirnya mereka tegak gagah berdiri.
Tidak seperti Melayu bangsat merosak bangsa sendiri.
Sehingga bumi dipijak ini menjadi neraka membakar diri sendiri.

Sekian.

No comments:

Post a Comment