Friday, February 17, 2017

SUMBER & ASAS PEMIKIRAN LIBERAL

وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ ۗ وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَىٰ أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ ۖ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ
Maksud:

"Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan. Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada penolong/pembantunya agar mereka mampu membantah/berdebat dengan kamu dan jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang yang musyrik".
                       (Surah Al-An'am: 121)
*Asbabul Nuzul*
Imam Tirmizi dan selain beliau telah meriwayatkan daripada Saidina Ibnu Abbas RA berkata: Telah datang beberapa orang kepada Nabi SAW lalu mereka bertanya: " Wahai Rasulullah adakah kami boleh makan binatang yang kami bunuh/sembelih (kenapa) kita tak boleh makan binatang yang Allah bunuh/matikan? 
Maka turunlah ayat di atas.
1. Sedikit perkongsian berkaitan Tafsir Ayatul Ahkam tentang sumber dan asas pemikiran liberal daripada pensyarah UIN SUSKA serta dari bumi Indonesia yang mana pemikiran liberal berkembang pesat, sehingga sekarang ini telah menular dan semakin subur di Malaysia.
2. Jika direnungi kata-kata tersebut dan kaitan dengan keseluruhan ayat di atas iaitu : 
*Wahai Rasulullah adakah kami boleh makan binatang yang kami bunuh/sembelih (kenapa) kita tak boleh makan binatang yang Allah bunuh/matikan?*
Contoh gambaran penghujahan logik pada aqal. *(mereka yang berada pada zaman Rasulullah SAW mungkin kita tidak sangsi bahawa pertanyaan tersebut bertujuan ingin mengetahui)*.
Namun ianya tidak terlepas dari diganggu oleh syaitan dengan membisikkan idea yang zahirnya nampak logik.
3. Perkara berkaitan dengan ilham daripada syaitan yang memberi idea kepada golongan penentang syariat Islam atau penentang kepada setiap usaha untuk memartabat syariat dikalangan pemikir2 liberal khususnya disebut dengan jelas oleh Allah dengan bahasa 'wahyu'.
Maksudnya sekriat.
4. Maka Allah memberi peringatan:
وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ
Maksudnya:
     "Jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang yang musyrik".
Terlalu bahaya sekiranya kita terpengaruh dan mengikuti hujjah-hujjah yang diilhamkan oleh syaitan kepada pembantu-pembantu syaitan kerana mereka telah dikira mensyirikkan Allah dari sudut memperlekeh, memandang rendah dan mengelirukan manusia agar tidak menyokong usaha ke arah memartabatkan syariat Allah.
5. Sesungguhnya seseorang mukmin itu akan jadi musyrik sekiranya menuruti para musyrik dalam perkara yang berkaitan denganira wahyu Allah tidak ingin diikuti sudah tentu manusia mengikut 'wahyu (ilham/bisikan) syaitan'
وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَىٰ أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ ۖ 
Maksudnya:
         "Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka membantah/berdebat dengan kamu".
Ayat tersebut secara terang-terangan menjelaskan tujuan syaitan mengilhamkan idea/hujjah kepada golongan penentang syariat (pembantu-pembantu syaitan) untuk berdebat dengan orang-orang beriman yang ingin menegakkan sya
akidah akan tetapi jika seseorang itu menuruti dalam perkara amal (tindakan) sedangkan dia masih dalam tauhid dan iman maka dia seorang yang derhaka kepada Allah.
Masyarakat di seru agar berhati-hati, mengenal pasti lalu mesti dijauhi dari pembantu-pembantu syaitan yang berhujjah dengan wahyu/ilham syaitan sekalipun bergelar mufti, ahli majlis fatwa yang gila populariti dan sebagainya.
KEMPEN JAUHI PEMIKIR LIBERAL YANG MEMPERLEKEH USAHA MEMARTABAT SYARIAT.

Rujukan utama:
Tafsir Ahkamul Quran
Li Abi Bakar Muhammad B. Abdullah. Maaruf biibnil Arabi (468-543 H)
Al Faqir Nik Bakri Nik Mat 
Pengerusi LT DUPNS

No comments:

Post a Comment