Kita
kena faham jihad adalah fardu ain dan fardu kifayah. Jihad fardu kifayah bila
sudah ada negara Islam. Macam sembahyang mayat, bila ada kematian sudah ada
orang pergi sembahyang maka lepaslah dosa orang lain. Jihad fardu ain wajib
tiap-tiap orang.
Para
ulamak menyatakan bila sudah ada negara Islam dan pemerintahan sudah kuat,
jihad adalah fardu kifayah. Bila ada satu kumpulan keluar berjihad, terlepas
dosa orang lain. Mereka yang berjihad mendapat fadilat dan yang tidak berjihad
tidak mendapat fadilat. Bila musuh masuk dalam negeri atau berada dekat dengan
negeri maka jihad menjadi fardu ain.
Kita
sekarang bukan menghadapi serangan senjata tetapi serangan pemikiran, serangan
budaya, serangan berbagai-bagai langkah merosakkan moral dan akhlak yang bukan
sahaja masuk dalam kampung tatapi masuk dalam rumah. Siaran-siaran TV dan media
laksana banjir tidak siapa yang boleh sekat selagi kerajaan tidak boleh diubah.
Kerajaan mesti diubah kepada kerajaan Islam. Oleh itu jihad masa ini menjadi fardu ain.
Jihad
fardu ain ini ulamak menyatakan bahawa anak tidak perlu izin bapa, isteri tidak
perlu izin suami, orang yang berhutang tidak perlu izin orang memberi hutang
dan dalam masa yang sama jangan bebas sebebas-bebasnya kerana ada batasnya. Hendaklah membahagi secara saksama antara tanggungjawab suami, rumah
tangga dengan tanggungjawab jihad. Tetapi jangan atas nama hendak menjaga
keluarga jihad ditinggalkan terus. Suami kena faham dan kalau tidak faham maka
dia kena belajar.
KULIAH
YT
JIHAD FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH – 2/2
Hanya
mereka yang dipilih oleh Allah sahaja yang sanggup berjihad dan fadilatnya
besar. Disebut dalam Quran bermaksud, “Bandingan orang yang belanja hartanya
pada jalan Allah laksana orang menanam satu bijih benih, tumbuh daripadanya
tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai keluar seratus biji.”
Jadi
duit yang kita keluarkan kerana jihad pahalanya 700 kali ganda. Berbeza dengan
sedekah dan sumbangan membuat masjid termasuklah masjid Mekah. Masjid Mekah
fadilatnya 100,000 kali ganda berbanding dengan masjid lain.
Allah SWT berfirman:
اَجَعَلْتُمْ
سِقَايَةَ الْحَـآجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَـرَامِ كَمَنْ اٰمَنَ
بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَجَاهَدَ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ
ؕ لَا يَسْتَوٗنَ عِنْدَ اللّٰهِ ؕ وَ اللّٰهُ لَا
يَهْدِى الْقَوْمَ الظّٰلِمِيْنَ
Adakah
kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan
Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah?
Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak
memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim." (QS. at-Taubah 9:19)
Allah
menyebut dalam surah at-Taubah menyatakan orang yang berjihad, keluar dengan
iman lebih afdal daripada memakmurkan masjid Mekah. Ini bukan hendak menghalang
orang yang hendak membuat umrah acap kali. Jangan berbangga dengan membuat
umrah acap kali tetapi tidak berjihad. Sekiranya dibuat dua-dua adalah lebih
baik.
KULIAH
YT
ZZ
No comments:
Post a Comment