Disebut dalam hadis pada hari kiamat nanti Allah
akan memanggil
3 jenis manusia lebih dahulu daripada orang lain:
1.
Orang alim
2.
Orang kaya
3.
Orang yang berjihad.
Allah SWT memanggil orang alim, “Kamu membuat
apa atas dunia dulu?”
Orang alim berkata atas dunia dulu aku
belajar bersungguh-sungguh, aku boleh ilmu dan aku mengajar orang kerana Kamu.
Tuhan kata: “Ya Aku tuhu, kamu alim dan kamu
mengajar orang ramai, tetapi kamu mengajar bukan kerana Aku. Kamu tidak ikhlas,
kamu riak.” Tuhan memerintah orang alim ini dibawa ke neraka.
Orang kaya dipanggil, “Kamu membuat apa atas
dunia dulu?”
“Ya Tuhan Ku atas dunia Kamu memberi kepada
aku harta dan aku kaya. Lalu aku menderma banyak kepada orang.” Kata orang kaya
Tuhan kata: “Ya Aku tahu, tetapi kamu
menderama supaya orang kata kamu ini bagus, kamu riak.” Orang kaya itu diheret
ke dalam neraka.
Dibawa pula orang yang berjihad, “Kamu
membuat apa atas dunia dulu?”
Orang yang berjihad berkata, “Ya tuhan ku
saya berjuang dan lama saya berjuang, saya berjihad.”
Tuhan berkata, “Ya Aku kamu berjihad lama,
tetapi bukan kerana Aku. Kamu berjuang untuk menunjuk kepada orang kamu
berani.” Tuhan arah masuk ke dalam neraka.
Inilah tarbiah. Tarbiah bukan sahaja belajar.
Tarbiah ialah untuk memasukkan ilmu yang kita belajar ke dalam hati kita supaya
menjadi iman, jadi ikhlas, tidak riak, dan melahirkan amal yang salih diterima
oleh Allah SWT dan boleh membawa kebaikan kepada manusia.
Oleh itu kita disuruh bukan sahaja
belajar tetapi kena tarbiah. Tarbiah,
didik dan belajar sehingga faham serta berdoa kepada Allah SWT. Kita beramal
apa yang boleh amalkan. Mana yang boleh beramal mesti beramal, beramal selalu
dan jangan tangguh. Jika tidak mampu lagi beramal mesti ada niat dalam hati
untuk beramal, mesti ada perjuangan untuk beramal. Dengan niat itu Tuhan
tambahkan ilmu, tuhan tambah kekuatan, tuhan jadikan kita istiqamah sehingga
akhir hayat.
Kita tidak boleh putus dengan tuhan sepanjang
masa. Tidak boleh putus dengan ilmu, tidak boleh putus dengan amal dan tidak
boleh putus dengan tuhan sepanjang masa. Inilah
pentingnya mereka yang duduk dalam perjuangan Islam. Orang Islam ramai dan di
kalangan orang Islam itu ada orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk bersama
dengan perjuangan Islam.
Dalam kisah Thalut dan nabi Daud, Thalut
memilih 80,000 bala tentera untuk melawan Jalut. Apabila Allah SWT uji dengan
sebatang sungai selepas lapar dan dahaga kerana mengharungi padang pasir, tuhan kata tidak boleh minum air sungai melainkan secabak
sahaja. Daripada 80,00 mengikut riwayatnya 76,000 yang minum dan 4,000 sahaja
yang menolak. Daripada 80,000 tinggal 4,000 yang dibersih oleh Allah SWT. Itu
disebut dalam surah al-Baqarah.
Dalam Quran banyak kisah. Kita hanya membaca
maknanya sahaja dan tidak jadikan sebagai tarbiah. Inilah kesilapan kita.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment