Sahabat-sahabat
Rasulullah apabila bertemu satu sama lain tidak akan bercerita tentang dunia.
Mereka tidak akan
bercakap tentang makan minum, rumah dan pakaian
Kecuali menceritakan terhadap sahabatnya yang lain, jika mereka mendapat kesusahan
Agar sahabat-sahabat bersimpati dan memberi bantuan,
Kecuali menceritakan terhadap sahabatnya yang lain, jika mereka mendapat kesusahan
Agar sahabat-sahabat bersimpati dan memberi bantuan,
Pertemuan para Sahabat di
antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri untuk diketahui dan dibaiki.
Bertanyakan khabar
Rasulullah, keluarganya dan tentang keadaannya. Lebih-lebih lagi bertanya apa
wahyu yang baru turun. Apakah sabdanya yang baru diterima darinya
Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama.
Para Sahabat bertemu,
berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat
Kalau tidak ada yang perlu untuk dibualkan, masing-masing diam sahaja.
Namun hal-hal dunia tidak
dijadikan perbincangan dan perbualan. Apatah lagi hendak bercerita-cerita hal
keburukan orang.
Mereka kalau ramai berada
di dalam masjid, Orang yang lalu di tepi masjid menyangka tidak ada orang di
dalam masjid. Kerana sunyi sepi daripada perbualan.
Kalau adapun Al Quran
dibaca orang. Sahabat tidak menguatkan suara agar tidak mengganggu orang macam
masjid di zaman kita.
Mereka di dalam masjid
sangat tawadhuk, tadharuk dan khusyuk. Membanyakkan sembahyang, zikir, tasbih,
selawat, membaca Al-Quran, tafakur, tidak sempat berbual dunia.
Masing-masing dengan
dirinya masing-masing hening, tenang dan sepi. Orang menyangka di masjid tidak
ada orang.
Mereka sangat menjaga
kehormatan masjid dan kesuciannya
No comments:
Post a Comment