Jihad
mesti fekah, mesti faham. Kita berdepan dengan pemimpin yang zalimRamai berfikir serupa sahaja mana-mana pemimpin kerana satu
bangsa. Perjuangan kita menegakkan Islam sebagaimana yang ada dalam Quran dan
hadis iaitu Islam yang memerintah, bukan menegakkan Islam sekadar aktiviti
pemerintahan. Inilah yang menyebabkan wujudnya perjuangan dan pertembungan kita
dengan pemerintah.
Mengapa kumpulan
Islam boleh berbaik-baik dengan kumpulan bukan Islam? Kita ada fekah politik.
Sembahyang ada fekah, zakat ada fekah, haji pun ada fekah. Kalau pergi haji
tidak fekah mungkin melontar dengan selipar jepun, terkena kepala kawan bukan
kepala syaitan.
Politik
ada fekah. Antara fekah politik ialah mengajak orang balik ke perjuangan Islam
dan dalam masa yang sama kita berdakwah kepada orang bukan Islam supaya masuk
Islam. Hubungan kumpulan Islam dengan bukan Islam ialah hubungan tahaluf
syiasi. Allah SWT mengajar kita: “Bertolong menolong dalam perkara kebajikan
dan takwa, jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.”
daripada kalangan pemerintah Pemimpin
daripada mengajak kita tolong menolong
tetapi atas perkara dosa, meneruskan kemungkaran, meneruskan rasuahnya, bila
ada orang bersumpah mereka menyuruh kita sokong
Mana boleh bersumpah memakai Quran. Bersumpah mesti dengan nama Allah. Dalam
Quran ada hukum. Tuduh orang ada hukumnya, fitnah orang ada hukumnya. Pakai
Quran bila bersumpah tetapi hukum dalam Quran tidak dipakai.
Firman
Allah Ta’ala: “Bandingan orang-orang Yahudi yang diperintah memikul
tanggungjawab beramal dengan kitab Taurah kemudian mereka tidak beramal laksana
keldai yang membawa barang-barang di belakangnya.”
Keldai
tidak mengetahui apa ada atas belakangnya, dia terus membawanya mengikut apa
yang disuruh oleh tuannya. Ini satu kebodohan dan kita tidak boleh ikut
kebodohan. Bila kita bekerjasama dengan kumpulan bukan Islam, kita tegas dengan
Islam, tegas dengan negara Islam yang kita perjuangkan. Kita perlu tunjuk
kepada orang bukan Islam, Islam yang sebenar bukan Islam yang tipu. Islam tidak
rasuah, Islam adil, Islam baik dan dengan cara inilah orang bukan Islam akan
masuk Islam. Macam mana orang bukan Islam, kita tidak sembahyang macam mereka
juga, kita makan rasuah dan kita melakukan maksiat.
Kita
perlu sedar untuk menarik orang kita mesti permudahkan dakwah. Nabi
kata: “Permudahkan, jangan memayahkan.” Jangan mula dakwah jika hendak masuk
Islam kena sembahyang tahjud sedangkan dia itu sembahyang lima waktu belum
sempurna lagi.
Satu
ketika dahulu ada orang menghantar memorandum supaya diasingkan lift perempuan
dengan lelaki. Mereka tidak sedar towaf dan sye’ir
bercampur lelaki dan perempuan tetapi sembahyang berasingan.
Anak
Umar Abdul Aziz pernah memberi cadangan supaya membuat itu dan ini. Umar Abdul
Aziz kata “Wahai anak kesayanganku, nabi pada peringkat awal
pemerintahan tidak membuat semua sekali gus. Nabi mula dengan perkara mudah
dahulu, kemudian beransur-ansur dibuat perkara yang payah-payah.”
No comments:
Post a Comment