Saturday, February 25, 2017

JEJAK DR ZAKIR NAIK (GHANA TOUR - D)

S1a. Jika anda percaya nabi Muhamad pesuruh Allah maka anda menjadi orang Islam. Jika anda percaya nabi Isa pesuruh Allah, adakah orang itu menjadi orang Islam?

J1a – Dr Zakir Naik

Jika anda percaya nabi Isa itu pesuruh Allah, anda juga orang Islam. Anda tidak boleh menjadi orang Islam jika anda tidak percaya nabi Isa pesuruh Allah. Saya sudah memberitahu bahawa Islam ialah satu agama yang mengiktiraf nabi Isa pesuruh Allah. Dia bukan orang Islam jika tidak percaya nabi Isa AS pesuruh Allah.
Kita orang Islam percaya nabi Isa AS seorang pesuruh Allah dan kita percaya dia dilahirkan secara luar biasa tanpa bapa. Kita percaya dia boleh menghidupkan orang mati dengan izin Allah. Tetapi kita tidak percaya dia tuhan.

Jika anda percaya semua pesuruh Allah, Adam, Idris, Nuh, Ibrahim, Ishak, Yaakub, Yusuf , dan Muhamad SAW anda adalah seorang Islam. Kita percaya nabi Muhamad SAW ialah nabi terakhir dan penutup. Jika anda percaya ini dan percaya tuhan satu bermakna anda menjadi seorang Islam.

S1b – Patutkah saya percaya Bible?

J1b – Dr Zakir Naik

Percaya kepada Bible sebagai perkataan tuhan, mengikut pendapat saya Bible bukan perkataan tuhan. Apa kita orang Islam percaya ialah kitab Injil yang diberikan kepada nabi Isa AS. Kitab Bible sekarang bukan wahi asal kerana ia sudah diubah suai.
Semua kitab-kitab yang diturunkan sebelum Quran, iaitu Taurat, Zabur dan Injil adalah untuk puak tertentu sahaja dan terbatal bila datang nabi lain dan kitab lain.
Oleh kerana Quran kitab terakhir, Quran bukan sahaja untuk orang Arab tetapi untuk manusia sejagat. Quran tidak boleh dipinda kerana ia dijaga dan dipelihara oleh Allah SAW.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr (surah 15) ayat 9:

Allah SWT berfirman:
اِنَّا نَحْنُ  نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَاِنَّا لَهٗ لَحٰـفِظُوْنَ
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”(QS. Al-Hijr: Ayat 9)
Jadi Quran tidak boleh diubah sampai bila-bila kerana dijaga dan dipelihara oleh Allah SWT.

S1c – Anda tidak percaya Bible perkataan tuhan, kenapa anda menyebut dalam kuliah anda?

J1c – Dr Zakir Naik

Saya menyebutnya kerana penganut Kristian percaya Bible adalah perkataan tuhan. Orang bukan Islam tidak percaya Quran perkataan tuhan. Oleh kerana saya percaya Quran perkataan tuhan, mereka menyebut apa sahaja daripada Quran saya akan ikut. Saya tidak memberitahu anda Quran perkataan tuhan kerana saya percaya Quran parkataan tuhan, saya kena percaya setiap perkataan dan setiap huruf Quran. 

Serupalah, saya tidak percaya setiap perkara dalam Bible perkataan tuhan tetapi penganut Kristian percaya. Oleh kerana penganut Kristian percaya Bible perkataan tuan dia kena ikut setiap perkataan dan setiap huruf dalam Bible. Saya memberitahu anda sebahagian daripada Bible betul perkataan tuhan. Jadi saya mahu menunjukkan persamaan antara Quran dan Bible. Satu daripada persamaan ialah ada menyebut nama nabi Muhamad SAW. Saya percaya Bible telah bercampur aduk, ada perkataan tuhan, ada nabi Isa AS,ada perkataan ahli sejarah dan ponografi. Tetapi penganut Kristian percaya Bible semua perkataan tuhan.
Jika penganut Kristian percaya Bible perkataan tuhan mereka patut percaya nabi Muhamad SAW. Jika mereka percaya nabi Muhamad, mereka juga patut percaya Quran. Jadi saya cuba mendekati mereka kepada yang benar.

Saya adalah pelajar perbandingan agama. Penganut Hindu percaya Vidas adalah perkataan tuhan. Daripada Veda saya cuba membawa mereka dekat dengan Quran.

Saya tanya anda dua soalan sebelum ini. “Adakah anda percaya kepada tuhan yang satu?” Anda kata’ “Ya” “Adakah anda percaya Muhamad pesuruh Allah” Anda kata. “Ya” Masya Allah bermakna anda seorang Islam. Ini adalah keperluan minimum untuk menjadi seorang Islam. Lain-lain perkara kemudian. Jika anda percaya dua perkara ini anda menjadi seorang Islam.

Adakah anda bersetuju berkata dalam bahasa Arab?
“Tidak! Saya perlu buat lebih kajian lagi.”
Anda boleh membuat kajian lebih lagi. Saya sendiri pun membuat kajian lagi. Saya belajar lagi. Makin banyak belajar makin saya suka. Saya tidak beritahu anda bila masuk Islam anda kena berhenti membaca. Anda kenda teruskan. Saya sentiasa baca Quran. Lebih banyak saya baca Quran lebih banyak ilmu saya dapat.
Jika anda bersetuju dua perkara asas diperlukan, dan bila anda menerimanya peluang belajar adalah lebih. Anda kata anda hendak belajar bahasa Inggeris. Pertama anda daftar sebagai seorang pelajar. Anda tidak boleh duduk di luar dan belajar. Anda kena masuk sekolah dan belajar terus menerus. Jika anda tidak masuk sekolah peluang belajar secara terus menerus adalah kurang.

Jadi adakah anda ingin serta agama Islam?
Anda percaya tuhan satu dan Muhamad pesuruh Allah. Dua perkara ini sudah cukup untuk menjadi anda seorang Islam. Pada pendapat saya anda sudah Islam. Islam bermakna tunduk kepada tuhan.

“Jika saya percaya tuhan satu dan Muhamad pesuruh Allah, adakah saya menjadi seorang Islam betul?”
Bila anda percaya anda jadi. Ia antara anda dengan Allah. Anda tidak mesti membuat pengakuan di hadapan khalayak. Anda boleh sembunyi dan ikut Islam. Tetapi biasanya bila anda isytihar peluang anda menyuburkan Islam adalah lebih banyak. Jika nyawa anda terancam anda boleh sembunyikan. Tidak ada sesiapa boleh memaksa anda. Paksa orang supaya Islam adalah dilarang. Quran menyebut dalam surah al-Baqarah (surah) ayat 256:
Adakah anda hendak sebut dalam bahasa Arab?
“Tidak! Saya tidak mahu sebut”

Saya cadang anda membuat lebih banyak kajian dan jika bersetuju anda terima Islam dan saya berdoa agar dimasukkan ke dalam syurga, insya Allah.

“Terima kasih”

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment