أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ
الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ أَجْرًا قَالَ أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ
تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى وَلَا تُمْهِلُ حَتَّى إِذَا بَلَغَتْ
الْحُلْقُومَ قُلْتَ لِفُلَانٍ كَذَا وَلِفُلَانٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلَان
Abu
Hurairah radliallahu 'anhu berkata,: "Seorang laki-laki datang kepada Nabi
SAW dan berkata,: "Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar
pahalanya?".
Baginda menjawab: "Kamu bersedekah ketika kamu dalam
keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang
kaya. Maka janganlah kamu menunda-nundanya hingga tiba nyawamu berada di
halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan.
Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya). (HR Bukhari No:
1330)
Pengajaran:
1. Sedekah yang paling besar pahalanya
ialah sedekah ketika kita sihat dan berasa sayang dengan
harta tersebut malah kita bimbang harta akan berkurangan apabila bersedekah dan
kita pula berhasrat dengan mengumpul harta itu untuk menjadi kaya.
2. Bersedekah
perlu disegerakan. Jangan ditunda kerana bimbang kematian menjemput
kita!.
3. Segera bersedekah,
jangan tunggu nyawa dah sampai dihalkum. – bila kita mati, harta yang
ditinggalkan akan menjadi harta waris untuk difaraidkan, bukan milik kita. Bila
ia menjadi hak orang lain, ia tidak mendatangkan manfaat kepada si mati.
JOM merebut peluang mendapat
ganjaran pahala sedekah yang besar dengan bersedekah ketika kita sihat, ketika
kita sayang kepada harta dan ketika kita bercita-cita untuk menjadi kaya dengan
harta tersebut.
Yang kekal menjadi milik kita
sehingga hari kiamat ialah sesuatu yang kita sumbangkan kepada orang lain.
Itulah yang akan menjadi aset pahala kita. Bersifat RAHMAH dengan memiliki
sifat dermawan untuk menyumbang dan bersedekah.
No comments:
Post a Comment