Imam Syafie
Tangan dan kakinya
dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana
dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.
Imam Hanafi
Ditangkap, dipenjara,
disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia
kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.
Imam Maliki
Disebat dengan cemeti
lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering
mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.
Imam Hambali
Dipenjara oleh pemerintah
dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan
fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap
mereka lebih betul daripada ulama.
Sufyan Ath-Thauri
Seorang wali Allah yang
termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan
dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir
menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.
Said bin Jubair
Seorang wali Allah yang
dikasihi. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang
kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.
Abu Yazid Al Bustami
Wali Allah yang terkenal
dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi
daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya
memancungnya.
Abul Husin An Nuri
Wali Allah yang mampu
menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan
pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
Imam Nawawi
Hampir-hampir dipukul dan
telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah
menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang
zaman.
Semoga Allah SWT
merahmati roh mereka.
Wallahhua'lam.
No comments:
Post a Comment