عَنِ ابْنِ عُمَرَ , قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:مَثَلُ الْمُؤْمِنِ مَثَلُ النَّخْلَةِ
, مَا أَخَذْتَ مِنْهَا مِنْ شَيْءٍ نَفَعَكَ.
Dari
Ibnu Umar dia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan
seorang mukmin itu seperti pokok kurma, apa pun yang engkau ambil darinya pasti
bermanfaat bagimu" HR. Al-Tobarani No: 13332
Pengajaran:
1. Sebagai Mukmin, jadilah seperti
pokok kurma yang bermanfaat semua bahagian pokok. Buahnya dijadikan makanan
berkhasiat. Batangnya boleh buat bangunan dan daunnya untuk atap rumah.
2. Seorang Mukmin
perlu memiliki sifat sabar dan tabah menghadapi musibah seperti pokok kurma sangat
sabar menghadapi angin kencang. Amat sukar pokok kurma
tumbang ditiup angin berbeda dengan pokok lain. Pokok kurma sangat kukuh dan
kuat kerana akarnya. Demikian juga seorang Mukmin, imannya mengakar dalam hati,
tidak akan goyah dengan ujian.
3. Jadilah seperti
pokok kurma, semakin tua semakin sedap dan berkualiti buahnya. Demikian juga
seorang mukmin, semakin tua semakin baik dan berkualiti amalnya.
4. Sebagai Mukmin,
jadilah seperti buah kurma sangat bermanfaat. Ketika buah masih basah yang
disebut rothab boleh dijadikan buah dan manisan. Ketika kering disebut tamar
boleh menjadi sebagai makanan, buah-buahan, manisan, ubat dan manfaat yang
pelbagai.
Demikian juga mukmin, kita
perlu menjadi bermanfaat dan baik amalnya sama ada sewaktu kecil, remaja,
belia, dewasa mahupun tua.
No comments:
Post a Comment