Tuesday, February 28, 2017

Jadilah 'Geng' Yang Mempertahankan Islam



Jadilah 'Geng' Yang Mempertahankan Islam

SHAH ALAM: Tamadun Mesir, China, India, Rom dan Parsi meninggalkan kesan dari bangunan-bangunan tersergam indah dan menjadi kunjungan pelancong, manakala kehebatan seni binanya diagung dan banggakan oleh masyarakat dunia, berbanding istana Nabi Sulaiman A.S pemerintah dunia dan Raja Zulkarnain penakluk negara besar yang langsung tidak dinampakkan oleh Allah S.W.T.


Hinggakan binaan dari penindasan dan kezaliman ke atas manusia itulah dianggap tamadun, lalu umat dunia ini melupakan peranan para Nabi dan Rasul A.S, sebagaimana juga manusia membiarkan diri hidup di bawah pelbagai ajaran menyesat dan teori atau sistem pemerintahan yang menghamba serta mencengkam.
Namun, ajaran Islam tetap ada sehingga ke hari ini yang wujud dalam diri manusia walaupun ia cuba ditentang dan dihapuskan, tetapi cahayanya tidak pernah terpadam, demikian senario yang digambarkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, peranan itu telah disambung oleh para ulama di sepanjang zaman yang menjadi tonggak kepada perjuangan Islam dengan mewarisi pusaka ilmu ditinggalkan para Nabi dan Rasul, sebagaimana ditunjukkan Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz) dalam mempertahankan kepimpinan ulama.
“Allah menjadikan bangsa Arab yang meninggalkan Islam jatuh, (tetapi) Islam tidak jatuh, Islam diambil alih oleh bangsa Kurdish, mencipta Salahuddin al-Ayubi, yang membebaskan Baitul Maqdis dan penaklukan tentera Salib selama 100 tahun. Allah melahirkan Kerajaan Mamalik, bangsa Turki yang mengalahkan Tartar dan Ain Jalut dan mendirikan Kerajaan Uthmaniyah.
“Allah menjadikan kuasa Islam silih berganti. Mana-mana bangsa yang menerima Islam, kaum lain, masyarakat majmuk, yang berada dalam dan menerima pemerintahan Islam yang adil, mereka menerima kedatangan Islam sebagai penyelamat, bukan sebagai penjajah imperialisme.
“Islam adalah futuhat, membuka negeri-negeri dengan hukum yang adil, tidak menjajah, Islam memerintah wilayah yang besar, masyarakat majmuk, pelbagai kaum dan agama, bukan macam penjajah yang memperhambakan rakyat.
“Islam telah berjaya menguasai bangsa-bangsa dunia berbagai agama dengan empat konsep yang penting. Pertama, beriman kepada Allah. Kedua, beriman kepada hari akhirat. Ketiga, bertakwa dan keempat adil untuk semua. Empat konsep ini, Islam berjaya menguasai hati-hati manusia,” ujarnya pada Majlis Makan Malam Geng Ustaz, di sini baru-baru ini.
Hurainya, daripada konsep-konsep tersebut, terhapuslah kediktatoran, pemerintah berlagak tuhan, teokrasi, perhambaan pengikut oleh ahli agama, tidak menipu dan menggoda rakyat, tidak melepaskan diri bila melakukan kesalahan, tidak menyalahgunakan kuasa dan mempengaruhi urusan-urusan keadilan serta takut untuk melakukan kezaliman.
Malah tambah beliau, terhapusnya kasta dan perbezaan kaum, adil untuk semua termasuk bukan Islam dan musuh di mana dilarang menzalimi rakyat biar apapun pegangannya.
Tuan Guru memetik kisah pembunuhan tawanan perang dari kalangan Bani Khuzaimah oleh Panglima Khalid al-Walid hingga Baginda memerntahkan pembayaran diyat sebagai contoh keadilan Islam, walaupun di zaman itu tiada mahkamah atau piagam antarabangsa.
Berbeza katanya di zaman ini di mana tragedi kapal terbang Korea Selatan ditembak Rusia tahun 80-an, kapal terbang Iran ditembak di Teluk tahun 90-an dan kapal terbang Malaysa di Ukraine dan hilang di Laut China Selatan yang tidak diambil tindakan badan perundangan dunia.
Malah perinci beliau terdapat banyak perakuan menunjukkan Islam menguasai hati-hati manusia dan mampu menguasai negeri dengan kesejahteraan serta kemakmuran, namun malangnya terdapat parti-parti Islam dalam dunia hari ini tidak berani menyatakan pelaksanaan syariah dan matlamat menegakkan agama Islam.
“Termasuk Arab Spring ‘Ar-Rabiul Arabiy’ yang terkenal, (umpama) musim bunga yang tidak berbuah. Mengapa tidak berbuah? Kerana Islam negara Arab meninggalkan agenda Islam, membawa agenda politik di atas nama demokrasi.
“Mereka melupai bahawa negara Barat yang menyokong mereka di atas nama demokrasi, negara yang mendokong diktator dan Arab juga, untuk menahan kebangkitan Islam, mereka lupa ini semua. PAS istiqamah, konsisten, dengan dasar kita. Termasuk rakan kita Parti Sa’adah (Sadet Party) di Turki, istiqamah, konsisten.
“Tak apa tak menang pilihan raya tak apa, tak mengapa tak menang pilihan raya. Tetapi cahaya itu tidak padam, jangan mengejar pilihan raya, untuk menang semata-mata, meninggalkan teras perjuangan kita iaitulah Islam.
“Di sinilah peranaan NGO seperti Geng Ustaz ini. Jangan macam geng besar, geng samseng, tunjuk ek (berlagak) saja. Kita geng yang mempertahankan kesucian, kepentingan ajaran Islam,” ujarnya mengingatkan.
Tuesday, February 28, 2017

No comments:

Post a Comment