Kita kena faham fiqah
politik. Politik ada fiqahnya, sembahyang ada fiqahnya dan haji ada fiqahnya.
Yang menjadi masalah ramai di kalangan kita tidak belajar fiqah politik.
Kepimpinan bertindak berdasarkan fiqah politik. Mereka yang tidak tahu fiqah
politik akan berkata mengapa tindakan berubah-ubah, sekali begini dan sekali
begini. Tidak mengikut arus perdana dan jumud.
Kita mengambil tindakan
muajahah salmiah menghadapi masyarakat secara damai kerana pendekatan secara damai adalah yang terbaik untuk menangani suasana
politik di negara sendiri dan umat kita sendiri.
Pendekatan perang,
pendekatan keras dilakukan bila musuh menceroboh negeri kita dan musuh takluk
negeri kita. Bila tidak
ada perang mesti muajahah salmiah dan memilih pendekatan demokrasi barat.
Demokrasi barat paling dekat dengan Islam.
Demokrasi barat beralih daripada
demokrasi purba kepada demokrasi moden. Mengikut sejarahnya ialah pengaruh
pengajian orientalis barat mengikut kitab-kitab fiqah politik yang dikarang
oleh ulamak-ulamak Islam.
Sebelum orientalis barat belajar
politik Islam mereka tidak mengetahui pilihan raya, mereka tidak tahu bagaimana
hendak menukar kerajaan melainkan dengan perang. Sejarah menunjukkan berlaku
revolusi di England. Bila raja zalim rakyat dikerah dan pemimpin-pemimpinnya
membunuh raja, membunuh menteri-menteri dan membunuh pengikut-pengikut raja di
kampung-kampung.
Lalu naik raja baru pula. Jika
raja ini zalim mereka akan buat revolusi pula. Keadaan ini berlaku di Perancis,
di Jerman, di Amerika dan lain-lain lagi sehinggalah orang-orang barat belajar
kitab-kitab fiqah politik Islam seperti kitab Ahkami Sultaniah karangan
al-Mawardi dalam mazhab Syafie, karangan iman dalam mazhab Hambali, Syiasah
Syar’iah karangan Ibni Tarmiyah dalam mazhab Hambali, Mukaddimah ibni Khaldum
dalam mazhab Maliki, karangan Mohd bin Hasan Assaibani daripada mazhab Hanafi
dan mazhab-mazhab lain.
Kitab-kitab fiqah
politik ini mendedahkan bagaimana rakyat dijelaskan, bagaimana sistem syura
dilaksanakan selepas nabi SAW wafat. Orang Islam boleh memerintah selama 1,300
tahun lebih. Walaupun dalam masyarakat Islam ini macam-macam mazhab, ada mazhab
sunni, dan sunni pula macam-macam mazhab bukan sahaja mazhab Maliki, Hambali,
Syafie, Hanafi termasuk Azzahiri, mazhab al-Hassan al-Basri, mazhab ibni Syirin
dan lain. Dalam ahli sunah banyak mazhab. Tetapi ktia mengetahui hanya empat
mazhab sahaja.
Syiah pula ada berpuluh-puluh
mazhab. Imamiah, Jaafariah, Zaidiah, Absab’iyah dan macam-macam mazhab lagi.
Dalam Mazhab Khawarais ada bermacam-macam mazhab pula.
Namun dalam perbincangan ilmu
tidak berperang dan tidak berbalah. Orang Islam hidup dalam keadaan aman. Dalam
negeri Islam ada orang-orang bukan Islam. Orang Kristian Optik di Mesir,
Kristian Ortodox di Syria dan macam-macam mazhab Kristian di Palastin. Di
Andalus ada orang Yahudi. Bila Kristian menakluk Andalus (Sepanyul), mereka
membunuh orang Islam dan membunuh orang Yahudi.
Orang Islam ada negara, ada
kerajaan Uthmaniah dan ada kerajaan Morroco. Orang Yahudi yang dapat
membebaskan diri daripada pembunuhan di Andalus melarikan diri ke Turki dan
Morroco. Kerajaan Islam Turki dan Morroco memberi perlindungan kepada
orang-orang Yahudi ini. Ini dia sikap orang Islam bukan macam orang agama lain.
Islam berjaya memerintah negara 1,300 tahun lebih dalam muajahah salmiah.
Apa yang berlaku pada
hari ini dengan ISIS, Nusrah, Da’isy, Taliban dan dengan macam-macam adalah
ciptaan musuh-musuh Islam untuk mewujudkan masalah di kalangan orang Islam
sendiri. Mencetuskan ketegangan dalam masyarakat Islam supaya memberi peluang
kepada mereka untuk terus berkuasa. Orang Islam tidak bangkit kerana sibuk
bertelingkah dan berperang sama sendiri.
Malangnya kuasa-kuasa
besar memberi senjata kepada Isis, Nusrah dan Taliban untuk melawan kerajaan
zalim. Betul kerajaan zalim, kita tidak nafikan. Tetapi kerajaan zalim ini
kuasa besar menolong juga. Dua-dua ditolong. Kuasa-kuasa besar ada senjata yang
boleh menembak jarak jauh, ada Rada dan ada JPS.
Mereka memberi senjata
kepada orang Islam supaya berlawan sama sendiri dan kuasa besar ada alat untuk
pengesanan. Bila melihat golongan ini kuat dia pelemah golongan yang kuat dan
menolong yang lemah. Bila golongan yang lemah menjadi kuat dia menolong yang
lemah pula. Bila tiba masa dia hendak hapus dia menyerang semuanya supaya
semuanya musnah. Ini tujuan untuk mencetus ketegangan sesama Islam.
Kumpulan Islam ini bom
di Jakarta, di Iraq dan di Syiria. Mengapa tidak bom di Israil? Betul ada pelancung dan ada maksiat di
Jakarta tetapi kita tidak boleh membunuh orang-orang yang membuat maksiat yang
ada kanak-kanak bersamanya dan ada orang yang tidak berdosa di dalamnya. Ini
semua kerja dirancang oleh musuh Islam yang perlu kita sedar.
Apa yang berlaku ialah kerana
tidak berpuashati dengan pemerintah. Betul tidak berpuashati dengan pemerintah.
Bila tidak berpuashati dengan pemerintah pendekatannya ialah damai bukan
berperang. Kita berperang hanya dengan musuh yang
datang dari luar. Jika berperang sesama sendiri kuasa besar akan dapat faedah,
kita menjadi mangsa dan cita-cita tidak tercapai.
Arab spring yang
berlaku atau musim bunga Arab, musim bunga sahaja buahnya tidak ada. Dengan
pengalaman inilah maka kita mengambil pendekatan muajahah salmiah, secara damai
untuk memasuki pilihan raya, membujuk seberapa ramai orang supaya menyokong
kita.
Berpandukan firman Allah Ta’ala:
“Siapakah lagi yang lebih baik
cakapnya daripada orang yang berdakwah mengajak kepada Islam dan dia sendiri
mengerjakan amal yang solih.”
Ada kalangan kita ini menyerang
semata-mata. Lawan kita itu ada orang yang baik kerana dia tidak faham. Kita
lawan semua, orang baik kita lawan dan orang jahat pun kita lawan. Bila orang
baik kita lawan cara jahat maka orang menilai dari segi baik. Ini merbahaya dan
kita kena faham.
Oleh yang bekerja untuk Islam
mesti beramal dengan amal yang solih dan kena menjadi contoh lebih baik
daripada lawan baharulah orang ikut. Tidak sama kebaikan dengan kejahatan. Kita
tunjuk kebaikan kita, kebajikan kita dan keikhlasan kita walaupun sumbangan
kita tidak banyak tetapi ikhlas. Sumbangan yang banyak tidak ikhlas tidak sama.
Sumbangan tidak ikhlas tidak berkat. Berkat akan terhasil bila Allah masukkan
hidayat ke dalam hati manusia.
Kita menolak orang
membuat jahat dengan kebaikan supaya orang zalim bertukar menjadi adil, orang
jahat bertukar menjadi baik dan orang bermusuh bertukar menjadi kawan. Kaedah
ini akan sesuai dalam amalan demokrasi kerana amalan demokrasi untuk mendapat
undi yang sebanyak-banyaknya. Jadi kita kena berbaik-baik dengan orang. Jika
berbalah dengan orang akan menjadi begitulah, tidak berganjak sampai
berpuluh-puluh tahun.
Oleh itu kita melakukan
satu anjakan paradigma kepada orang lain supaya mendukung dan menyokong
perjuangan kita. Menjadi ahli kita, menyokong atau bersempati dengan kita
semuanya boleh berlaku. Ini boleh dilakukan oleh orang-orang yang sabar, orang
yang mendapat kelebihan daripada Allah macam nabi kita Muhamad SAW
Orang yang macam Suhail bin Amru
sebagai contoh, yang mewakili musyrikin dalam perjanjian Hudaibiah. Dia menjadi
wakil orang kafir musyrikin dan Saidina Ali menjadi wakil untuk menulis. Bila
nabi SAW menyuruh Saidina Ali menulis BISMILLAHIRRAHMAN NIRRAHIM Suhail bin
Amru kata kami tidak bersetuju, kami tidak pernah dengar BISMILLAHIRRAHMAN
NIRRAHIM tulis bismikallahumma. Nabi SAW pun menyuruh Saidina Ali menulis
bismikallahumma.
Nabi berkata inilah perjanjian
yang dimatraikan antara Muhamad Rasulullah dengan Suhail bin Amru. Suhir bin
Amar kata jangan tulis Muhamad Rasulullah sebab kami tidak percaya kamu
Rasulullan, tulis Muhamad bin Abdullah, nama ayah kamu.
Lalu nabi kata: “Wahai Ali! Tulis
Muhamad bin Abdullah”
Tetapi Saidina Ali tidak mahu
tulis Muhamad bin Abdullah. Lalu nabi SAW tanya dekat mana perkataan
Rasulullah. Saidina Ali memberitahu dan nabi SAW memotong dengan tangannya.
Saidina menulis Muhamad bin Abdullah.
Perjanjian berat sebelah macam
menghina orang Islam. Suhail bin Amru ini masa fathul Makkah masuk Islam. Orang
keras dalam perjanjian Hudaibiah masuk Islam. Ini dia muajahah salmiah.
Dalam peristiwa riddah, bila
dengar nabi SAW wafat kabilah-kabilah Arab murtad. Gobenor Mekah masa itu ialah
Usir bin Udir yang berumur 20 tahun. Dia dilantik menjadi gobenor Mekah kerana
dia hafal Quran. Oleh kerana orang muda bila dengar orang murtad dia tidak
keluar rumah kerana ketakutan.
Kita kena faham suasana
politik, ada orang alim tetapi penakut dan ada orang berani walaupun jahil.
Bila Usir bin Udir tidak keluar rumah masa berlaku riddah Mekah dalam keadaan
bahaya maka Suhail bin Amru yang keras dalam perjanjian Hudaibiah
mempertahankan Islam. Suhir bin Amar memanggil penduduk Mekah supaya keluar di
Masjidil Haram dan memberi ucapan: “Walaupun Muhamad sudah mati tetapi Islam
tidak mati. Barangsiapa yang keluar daripada Islam maka aku akan bertindak.”
Akibatnya penduduk
Mekah tidak berani murtad.
Wahsyi yang membunuh Saidina
Hamzah dalam perang Uhud masuk Islam. Abu Sofian, ketua Mekah masuk Islam.
Khalid bin al-Waleed yang merancang sehingga orang Islam teruk dalam perang
Uhud masuk Islam dan menjadi pedang Allah.
Ini kita faham pendekatan damai
(muajahah salmiah) boleh menarik musuh kepada Islam.
Allah Ta’ala yang
menentu dan mengekalkan hidayah. Ada di kalangan kita berasa kuat sangat
berjuang sehingga tidak bergantung kepada Allah Ta’ala. Akibatnya lari daripada
perjuangan.
Pendekatan menarik undi
sebanyak-banyak sangat penting dalam sistem demokrasi
KULIAH YT