Orang yang mula-mula membantu
perjuangan nabi SAW ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Bilal bin Robah.
Nabi SAW bersabda:
“Aku tidak berjaya mengajak
seorang manusia pun kepada Islam. Orang yang aku ajak itu ada yang bangkang
terus, ada yang hendak fikir dulu, ada yang waswas, betul atau tidak Muhamad
ini melainkan seorang sahaja iaitu Abu Bakar.”
Abu Bakar terus menerima ajakan
nabi Muhamad untuk masuk Islam. Beliau digelar as-Siddiq. Gelaran ini tidak ada
pada para sahabat lain.
Paling istimewa dia
mendapat doa nabi SAW:
“Ya Allah Engkau
bagilah Abu Bakar ini bersama dengan aku, satu darjat dengan aku, dalam syurga
yang sama dengan aku.”
Tidak ada sahabat
mendapat status itu melainkan Saidina Abu Bakar.
Saidina Abu Bakar diberi
kelebihan oleh Allah SWT. Dia berkawan dengan nabi semenjak muda. Ayah dan
ibunya adalah Islam. Anak-anaknya termasuk yang menentang beliau dalam peperangan
Badar, semuanya masuk Islam.
Sifat yang ada pada Saidini Abu
Bakar patut dicontohi. Apa yang Quran sebut dia telan
bulat-bulat.
Jangan sekali-kali kita berkata
tidak sesuailah, hukum zaman purbalah dan macam-macam lagi.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment