1. Surah Az-Zalzalah
(surah 99) jika dibaca menyamai separuh Quran. Jadi jika dibaca dua kali sama satu Quran yang penuh.
2. Surah al-Kafirun
(surah 109) menyamai ¼ Quran. Jadi jika dibaca 4
kali seumpama baca Quran penuh.
3. Surah al-Ikhlas
(surah 112) bersamaan 1/3 Quran. Jika dibaca 3
kali sama dengan Quran penuh.
Kita tidak mampu
mengkhatam Quran setiap hari. Oleh itu elok baca surah-surah itu setiap hari
untuk dijadikan teman di alam Barzakh.
Surah Az-Zalzalah (surah 99):
( 1 )
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
( 2 )
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
( 3 )
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi
kepada bumi?"
( 4 )
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
( 5 )
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
( 6 )
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk
diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
( 7 )
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya)!
( 8 )
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya)!
Surah
al-Kafirun (surah 109):
( 1 )
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
( 2 )
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
( 3 )
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
( 4 )
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
( 5 )
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
( 6 )
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
Surah
al-Ikhlas (surah 112):
( 1 )
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
( 2 )
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
( 3 )
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
( 4 )
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya".
KULIAH YT
ZZ
No comments:
Post a Comment