Maksud hadis nabi SAW:
“Ya Allah Engkau janganlah jadikan di
kalangan kami orang-orang yang celaka dan orang-orang yang diharamkan daripada
mendapat rahmat Allah.”
Janganlah dijadikan di kalangan kami orang tidak mendapat belas kasihan, nikmat dan keampunan
Allah SWT dan jangan dijadikan di kalangan celaka.
Nabi SAW bertanya:
“Kamu kenal siapa yang celaka ini.”
Para sahabat bertanya:
“Siapa mereka itu ya Rasulullah?”
Baginda SAW menjawab:
“Orang meninggalkan solat.”
Mereka yang meninggalkan sembahyang ini
maksudnya mereka mengetahui hukum sembahyang, mengetahui cara sembahyang tetapi
sengaja tidak sembahyang. Orang yang semacam ini nabi SAW kata celaka.
Kecelakaan bagi orang meninggal sembahyang
bukan sahaja berlaku ke atas dirinya sahaja tetapi kesannya berlaku juga kepada
orang-orang di sekelilingnya iaitu keluarganya. Jika suami tidak sembahyang
kesannya akan berlaku ke atas isterinya dan anak-anaknya.
Jika pemimpin tertinggi yang dilantik itu
tidak sembahyang maka satu negara mendapat tempias kecelakaan. Umar Abdul Aziz
tidak memberi amanah kepada orang tidak sembahyang kerana mereka pasti tidak
dapat tunaikan amanahnya. Bahkan sampai satu tahap orang sembahyang lewat pun
Umar Abdul Aziz tidak memberi amanah.
Para ibu bapa perlu selidik bakal menantu
lelakinya. Jika diserahkan anak perempuannya kahwin dengan lelaki yang tidak
sembahyang maka dikira pecah amanah.
Betapa pentingnya sembahyang
dalam Islam. Jika ada seorang sahaja dalam keluarga itu tidak cukup sembahyang
seluruh rumah itu tidak tenteram. Anak yang berumur 10 tahun jika tinggal
sembahyang nabi suruh pukul.
Hadis kedua:
“Masa israk dan mikraj Rasulullah SAW
diperlihatkan kepada satu kaum menghantuk kepala mereka ke batu. Rasulullah
bertanya kepada malaikat Jibril siapa puak itu. Malaikat Jibril menjawab mereka
ialah orang yang malas sembahyang.” Muttafakun alaih.
Kenapa orang tidak sembahyang tuhan balas
hantuk kepala ke batu. Sembahyang walau macam manapun tidak boleh ditinggalkan.
Kata ulamak orang tidak sembahyang ialah
orang yang ada masalah di kepala iaitu di otak. Mereka berkata sembahyang boleh
buat apa-apa pun atau tua nanti baru sembahyang. Muda ini enjoy dulu.
Hadis ketiga:
“Barangsiapa yang menjaga solatnya Allah akan
muliakan mereka dengan lima perkara:
1. Dibebaskan daripada kesempitan hidup. Apa
sahaja masalah hidup Allah akan selesaikan.
2. Dilepaskan daripada azab kubur.
3. Pergi ke padang Mahsyar diserah catatan
amal dengan tangan kanan. Ini menunjukkan dia bahagia.
4. Dia akan melalui titian Syirat seperti
kilat.
5. Dimasuk ke dalam syurga tanpa banyak
hisab. Maknanya senang masuk syurga.
Orang yang meringan-ringankan sembahyang
termasuklah orang sembahyang tidak kusyuk. Mereka ini diseksa dengan 15
seksaan. Seksaan dikenakan 6 di dunia, 3 azab waktu hendak dicabut nyawa, 3 dalam
kubur dan 3 di padang Mahsyar.
Balasan dikenakan atas dunia:
1. Dicabut berkat daripada hidup. Hidup tiada
berkat. Sentiasa ada masalah dan maksiat akan dibuat.
2. Terhapus tanda orang solih daripada wajah.
Muka tidak jernih.
3. Apa sahaja amalan yang dibuat tidak
mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Puasa tidak dapat pahala, haji tidak
dapat pahala dan apa-apa sahaja amalan tidak mendapat pahala.
Amalan yang mula-mula sekali dihisab ialah
sembahyang. Jika sembahyang sangkut amalan lain semuanya sangkut. Oleh itu
sembahyang perlu dijaga.
4. Doa tidak diangkat ke langit, tidak
dimakbulkan.
5. Tidak ada saham baginya dalam doa orang
muslimin.
6. Keluar roh tanpa aman. Dia mati tidak
selamat.
Tiga balasan waktu mati:
1. Mati dalam keadaan hina.
2. Mati dalam keadaan lapar.
3. Mati dalam keadaan dahaga. Ada riwayat menyebutkan
walaupun diberi minum air lautan dahaga tetap tidak hilang.
Balasan dalam kubur:
1. Disempitkan kubur sehingga
bersilang tulang rusuk.
2. Dinyalakan api di dalam kubur
dan dipanggang siang dan malam. Digolek-golek di atas api.
3. Dibelit di dalam kubur seekor
ular bernama sujaulakrak. Ular ini akan mematuknya kerana meninggalkan
sembahyang. Dalam satu riwayat, jika setitik racunnya jatuh atas muka bumi ini
satu pohon pun tidak dapat hidup.
Balasan di padang mahsyar.
1. Apabila tiba hari kiamat
malaikat akan datang kepada orang yang meninggal sembahyang, di tangan malaikat
itu ada rantai yang panjangnya 70 hasta, rantai itu dibelenggu di tengkaknya,
dimasukkan rantai itu di mulut dan ditarik ikut duburnya.
Malaikat akan berkata kepadanya
inilah balasan yang Allah berikan kepada orang yang meninggal kefarduan yang
Allah tetapkan.
Kata Abdullah bin Abas jika satu
mata rantai itu dijatuhkan atas muka bumi maka akan terbakar seluruh muka bumi.
Ini menunjukkan betapa panasnya rantai itu.
2. Allah tidak memandang kepada
mereka ini.
3. Tidak akan diampun orang
tinggal sembahyang dan akan diseksa dengan seksaan yang amat pedih.
Diriwayatkan orang yang pertama
dihitamkan wajahnya di hari kiamat ialah orang tinggal sembahyang.
Dalam neraka jahanam ada satu lembah
dinamakan lamlam. Di dalamnya ada ular yang lebarnya seperti belakang
unta dan panjangnya sebulan perjalanan unta. Ular ini akan mematuk orang yang
meninggal solat maka bergelegaklah racun di dalam badan orang yang meninggal
solat itu selama 70 tahun.
Sekali patuk 70 tahun gelegak
racun dalam badan. Lalu buruklah daging tubuhnya.
Mengikut kebanyakan ulamak
sembahyang yang ditinggalkan wajib diqodar. Sembahyang sunat buat dan kodar
sembahyang pun buat.
Siapa yang sembahyangnya cukup
kita minta sembahyanglah berjemaah setiap waktu. Kita minta belajar semula bab
sembahyang takut-takut kita sembahyang yang dipelajari masa kecil dahulu kurang
sempurna. Bagi sesiapa yang sembahyang dalam keadaan baik usahakan pula untuk
khusyuk dalam sembahyang.
Sembahyang yang diterima ialah
sembahyang yang khusyuk.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment