▶ Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu
adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat
bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid
atau surau.
▶ Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi"
sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa
kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang
berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.
▶Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan
solat Dhuha.
▶ Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau
70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.
▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga
menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.
▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang
burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid
walaupun hanya dengan beberapa ringgit.
▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu
ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka,
atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat
ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.
▶Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca
satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di
lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita
tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.
▶ Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti
saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk
melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.
▶Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah
yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak
pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka.
Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.
▶Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi,
tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada
di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.
▶Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului
kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia
seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.
No comments:
Post a Comment