Friday, December 30, 2016

PANDANGAN TOKOH DUNIA TERHADAP TOK GURU HAJI ABDUL HADI BIN HJ AWANG

Syaikh Said Hawa, tokoh gerakan Islam dunia
"Semasa menuntut di Universiti Madinah lagi, Haji Hadi yang didedahkan pemikiran Ikhwan secara serius sudah terserlah ketokohannya sebagai pemimpin ulama mu’tabar di rantau ini"
Prof Dr. Muhammad Al-Wakeel, Pensyarah Kanan Universiti Islam Madinah

"Haji Hadi mempunyai fikiran yang tajam dan menerima pengaruh Ikhwanul Muslimin secara langsung dan merupakan pelajar yang pintar yang mendapat perhatian daripada tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin"

Dr. Najmuddin Erbakan, Bekas Perdana Menteri Turki
"Kewibawaan Haji Hadi ada sedikit kelainan daripada tokoh-tokoh popular PAS yang terdahulu kerana kepopularitinya bukan sahaja dalam Parti, tapi di luar Parti sehingga ada di antara orang-orang yang bermusuh dengan PAS menyatakan, "Haji Hadi bercakap Benar...betul...baik"

Butros Ghali, Setiausaha Agong Badan Antarabangsa
"Haji Hadi adalah wakil rakyat dan ulama yang unik, hidupnya sederhana, rumahnya kayu kampung tanpa peralatan adalah cukup mewah baginya dan sekali sekala sanggup turun ke laut menjadi nelayan walaupun ketika itu masih menjadi Menteri Besar Terengganu"

syeikh mahmud al siyyam mantan imam masjid Al Aqsa dan ketua Rabitah Ulama Palestin
- kalau kamu mahu belajar feqah, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi. 
- kalau kamu mahu belajar politik, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi. 

- kalau kamu mahu belajar sejarah, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi

Kredit : Ahmad Sofi Jundullah

No comments:

Post a Comment