Parti atau mereka yang mengkhianat perjuangan lebih teruk daripada lawan atau musuh. Kita boleh bertahaluh dengan lawan tetapi tidak dengan pengkhianat.
Dalam sejarah Islam,
orang-orang yang mengkhianat ada dua pilihan. Sama ada mereka diam dan
bertaubat atau kembali semula ke perjuangan. Itu sahaja pilihannya. Di zaman nabi SAW pun, tidak ada tahaluh
dengan golongan pengkhianat.
Kita boleh bertahaluh dengan
lawan yang tidak pernah mengkhianati kita. Kita tidak boleh bertahaluh dengan mereka yang pernah bersama
dengan kita, telah mengenali kita, tahu kita dan bukan orang yang tidak tahu
kita. Tiba-tiba mereka keluar, menyerang dan mengkhianati kita.
Jika mereka hendak bertahaluh
dengan kita pun bukan di atas asas Islam tetapi hendak mencari kemenangan.
Kerajaan Islam Madinah
diketuai oleh Rasulullah SAW bukan sahaja menyerang tetapi menghalau daripada
Madinah golongan yang mengkhianati perjanjian dengan nabi SAW.
Kerajaan mana-mana
negara sekali pun menjatuh hukuman bunuh kepada pengkhianat negaranya.
Ini menunjukkan betapa
beratnya padah mereka yang mengkhianat.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment