Firman Allah Ta’ala surah
al-Israj (surah 17) ayat 1:
“Maha Suci Allah yang telah
menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di
Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
1. Peristiwa Israk dan Mikraj
Rasulullah SAW berlaku pada 27 Rejab tahun 621 Masihi
2. Ketika itu Baginda berusia 51
tahun
3. Peristiwa Israk dan Mikraj
Rasulullah SAW terjadi mulai dari lepas tengah malam sampai menjelang waktu
Subuh
4. Mengikut kebanyakan ulamak
peristiwa itu berlaku dengan roh dan jasad Rasulullah SAW, bukan dengan roh
sahaja.
5. Allah SWT memperjalankan
Baginda untuk bertemu dengan Allah sendiri.
6. Israk
ialah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haraam ke Masjidil al-Aqsa. Baginda
menunggangi buraq dan ditemani oleh Malaikat Jibril dan Israfil.
7. Baginda telah sembahyang sunat
di Kota Toibah (Madinah)
8. Baginda telah sembahyang di
Kota Madyan berdekatan dengan sebatang pokok tempat nabi Musa berteduh
9. Baginda telah sembahyang sunat
di Bukit Thursina, tempat nabi Musa bercakap dengan Allah SWT.
10. Baginda telah sembahyang
sunat di Baitul Laham, iaitu tempat nabi Isa dilahirkan
11. Rasulullah SAW mengimamkan
sembahyang dua rakaat bersama nabi-nabi dan rasul-rasul di Masjidil Aqsa.
12. Mikraj ialah Rasulullah dibawa Jibril naik ke langit
ke Sidratul Muntaha
13. Nabi berjumpa dengan:
Langit pertama dengan nabi Adam
Langit kedua dengan nabi Isa dan
nabi Yahya
Langit ketiga dengan nabi Yusuf
Langit keempat dengan nabi Idris
Langit kelima dengan nabi Harun
Langit keenam dengan nabi Musa
Langit ketujuh dengan nabi
Ibrahim
14. Di
Sidratul Muntaha nabi SAW bertemu dengan Allah SWT
15. Allah telah memerintah solat
fardhu ditunaikan 50 waktu sehari semalam.
16. Kemudian dikurang kepada 5
waktu.
17. Rasulullah SAW dan Jibril
turun kembali ke Baitulmaqdis
18. Kemudian nabi SAW kembali ke
Mekah dengan menaiki buraq pada malam yang sama.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment