Di zaman nabi SAW ada seorang wanita tua yang
suka menjaga kebersihan masjid. Bila dia tengak ada daun-daun kurma,
bunga-bunga kurma, buah-buah kurma dan sampah-sampah di dalam masjid diambilnya
dan dibersihkan.
Dia membuat kerja itu kerana Allah, bukan
kerana suruhan siapa-siapa.
Satu hari nabi tanya sahabat:
“Mana wanita yang bersih masjid.”
Para sahabat menjawab:
“Dia sudah mati ya Rasulullah.”
Nabi berkata:
“Kenapa kamu tidak beritahu aku. Bila ada
orang mati di Madinah ini beritahu aku.”
Nabi pergi sembahyang jenazah atas kubur
wanita itu. Selesai sembahyang nabi bersabda:
“Aku lihat wanita tua itu berada dalam
syurga.”
Mengutip sampah dalam masjid ganjarannya
syurga.
Jadi ibadat yang kecil jangan dipandang
ringan, kerana ibadat yang kecil itu boleh membawa seseorang itu ke syurga.
Begitu juga dosa yang kecil, tidak boleh dipandang
ringan kerana dengan dosa itu boleh menyebab seseorang itu masuk neraka.
Oleh yang demikian sama-samalah kita menjaga
kebersihan masjid, kebersihan tandas masjid dan kawasan masjid kerana masjid
adalah rumah Allah.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment