Friday, December 30, 2016

LAUNGAN AZAN 24 JAM DI SELURUH DUNIA



Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad S.A.W Adalah Rasul Allah.’
 Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.

 Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1- 1/2 jam. Belum pun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

 Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di- Afghanistan dan Muscat.
 Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

 Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!


Bagaimana azan disyariatkan?

Selama 13 tahun di Mekah belum ada azan. Sekali pun tidak pernah diazan, bukan kerana takut kepada orang Mekah tetapi kerana azan belum disyariatkan lagi.

Setelah berhijrah ke Madinah tidak ada lagi halangan, maka nabi SAW berbincang dengan para sahabat bagaimana hendak memanggil orang sembahyang di masjid. Orang Kristian membunyikan loceng dan orang Majusi menghidupkan api. 

Ada beberapa cadangan diberi oleh para sahabat, tetapi nabi SAW menolak. Lalu nabi SAW menyuruh para sahabat balik memikir dan esok bawa cadangan masing-masing.

Bila balik malam itu ada dua orang sahabat yang bermimpi. Abdullah bin Zaid dan Saidina Umar. Keesokan hari Abdullah bin Zaid pergi jumpa nabi memberitahu mimpinya:
“Ya Rasulullah semalam saya bermimpi didatangi oleh seorang berpakaian serba hijau. Di tangannya ada tanduk dan aku minta tanduk itu. Lelaki itu bertanya apa hendak buat dengan tanduk. Aku jawab aku hendak tiup untuk memanggil orang Islam datang sembahyang di masjid. Lalu lelaki itu berkata, mahukah kamu aku ajar yang lebih baik daripada itu untuk memanggil orang sembahyang. Dia pun ajar ALLAHU AKBAR sampai habis lapaz azan.”

Nabi kata:

“Itu adalah mimpi yang benar.”
Jadi nabi SAW mengiyakan mimpi itu dan dijadikan sebahagian daripada syariat Islam. Jadi nabi sendiri mengiktiraf mimpi itu untuk dijadikan syariat.

Nabi kata:

“Mimpi kamu benar wahai Abdullah bin Zaid, dan bolehkah kamu izinkan Bilal bin Rabah melaungkan lapaz itu kerana suaranya lebih kuat daripada suara kamu.”

Suara Bilal bukan sahaja kuat bahkan lebih merdu daripada suara orang lain.

Kemudian baharulah datang Saidina Umar memberitahu mimpi yang sama tetapi nabi SAW memberitahu Abdullah bin Zaid telah memberitahu fasal mimpi itu.

KULIAH YT
ZZ

No comments:

Post a Comment