Wednesday, December 28, 2016

HIKMAH UMUR TUA

Mengapa bila meningkat usia, byk perkara yg digemari sewaktu muda semakin kurang menyeronokkan? 

Ustaz kata lihatlah sesuatu yang Allah takdirkan dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri.

Antara hikmahnya:

SATU:

Bila tua, keinginan untuk makan sedap-sedap semakin berkurangan. Nafsu makan sudah berkurangan. 

HIKMAHnya: 
Perbanyakkan puasa sunat ataupun mengqada’ puasa yang pernah ditinggalkan sewaktu muda.

DUA:

Bila tua, kerap terjaga di waktu malam dan mata sukar lelap.

HIKMAHnya: 
 
Bangunlah untuk berkiamulail, mengerjakan solat-solat sunat seperti tahajjud, solat taubat, memaca Quran dan lain-lain. Barangkali sewaktu muda tidak pernah melakukannya, maka Allah bagi peluang untuk melakukannya sebelum berakhir usia.

TIGA:

Bila tua, dan bersara sudah kurang gemar menonton tv. Tidak lagi ada rancangan tv yang diminati. Kurang berhibur.

HIKMAHnya:

Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca al-Quran. Mungkin sewaktu muda tidak pernah khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah untuk khatam, paling tidak pun sekali setahun. Elok tiap-tiap bulan khatam.

EMPAT:

Bila tua dan sudah bersara, banyak waktu lapang. Banyak waktu senggang. Anak-anak sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri, jadi kita boleh mengurus masa dengan lebih bermanfaat. Sisa-sisa usia yang Allah pinjamkan bolehlah digunakan untuk hal-hal berfaedah yang manfaatnya boleh menjadi teman kita di alam barzah/akhirat kelak. 

Sunat dhuha adalah antara sunat yang dituntut dan besar pahalanya. Masa muda mungkin tidak pernah dilakukan. Ambillah peluang masa tua ini dengan mengerjakan sembahyang sunat dhuha setiap hari paling kurang 4 rakaat.

Mengikut hadis sunat dhuha dibuat 12 rakaat dihadiah sebuah mahligai dalam syurga.

Banyakkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis ilmu, belajar al-Quran, bertalakki dengn ustaz/ustazah/alhafiz dan lain-lain program yang berfaedah.

Sembahyang yang ditinggalkan semasa muda mesti diqadar dan bertaubat.

LIMA:

Banyakkan sedekah dan infak. Bersedekah kepada masjid dan anak yatim diberi 10 darjat, tetapi bersedekah atau infak kepada fi sabilillah diberi 700 darjat.

Daripada menghabiskan wang melancong ke sana sini, adalah lebih baik menghabiskan wang itu dengan infak ke jalan untuk meniggikan agama Allah kerana mendapat pahala berpanjangan.

SEMOGA BERMANFAAT, INSYA ALLAH.

No comments:

Post a Comment