Saturday, December 31, 2016

PENDEKATAN SECARA DAMAI (MUAJAHAH SALMIAH)



Kita kena faham fiqah politik. Politik ada fiqahnya, sembahyang ada fiqahnya dan haji ada fiqahnya. Yang menjadi masalah ramai di kalangan kita tidak belajar fiqah politik. Kepimpinan bertindak berdasarkan fiqah politik. Mereka yang tidak tahu fiqah politik akan berkata mengapa tindakan berubah-ubah, sekali begini dan sekali begini. Tidak mengikut arus perdana dan jumud.

Kita mengambil tindakan muajahah salmiah menghadapi masyarakat secara damai kerana pendekatan secara damai adalah yang terbaik untuk menangani suasana politik di negara sendiri dan umat kita sendiri.

Pendekatan perang, pendekatan keras dilakukan bila musuh menceroboh negeri kita dan musuh takluk negeri kita. Bila tidak ada perang mesti muajahah salmiah dan memilih pendekatan demokrasi barat. Demokrasi barat paling dekat dengan Islam.

Demokrasi barat beralih daripada demokrasi purba kepada demokrasi moden. Mengikut sejarahnya ialah pengaruh pengajian orientalis barat mengikut kitab-kitab fiqah politik yang dikarang oleh ulamak-ulamak Islam.

Sebelum orientalis barat belajar politik Islam mereka tidak mengetahui pilihan raya, mereka tidak tahu bagaimana hendak menukar kerajaan melainkan dengan perang. Sejarah menunjukkan berlaku revolusi di England. Bila raja zalim rakyat dikerah dan pemimpin-pemimpinnya membunuh raja, membunuh menteri-menteri dan membunuh pengikut-pengikut raja di kampung-kampung.

Lalu naik raja baru pula. Jika raja ini zalim mereka akan buat revolusi pula. Keadaan ini berlaku di Perancis, di Jerman, di Amerika dan lain-lain lagi sehinggalah orang-orang barat belajar kitab-kitab fiqah politik Islam seperti kitab Ahkami Sultaniah karangan al-Mawardi dalam mazhab Syafie, karangan iman dalam mazhab Hambali, Syiasah Syar’iah karangan Ibni Tarmiyah dalam mazhab Hambali, Mukaddimah ibni Khaldum dalam mazhab Maliki, karangan Mohd bin Hasan Assaibani daripada mazhab Hanafi dan mazhab-mazhab lain.

Kitab-kitab fiqah politik ini mendedahkan bagaimana rakyat dijelaskan, bagaimana sistem syura dilaksanakan selepas nabi SAW wafat. Orang Islam boleh memerintah selama 1,300 tahun lebih. Walaupun dalam masyarakat Islam ini macam-macam mazhab, ada mazhab sunni, dan sunni pula macam-macam mazhab bukan sahaja mazhab Maliki, Hambali, Syafie, Hanafi termasuk Azzahiri, mazhab al-Hassan al-Basri, mazhab ibni Syirin dan lain. Dalam ahli sunah banyak mazhab. Tetapi ktia mengetahui hanya empat mazhab sahaja.

Syiah pula ada berpuluh-puluh mazhab. Imamiah, Jaafariah, Zaidiah, Absab’iyah dan macam-macam mazhab lagi. Dalam Mazhab Khawarais ada bermacam-macam mazhab pula.

Namun dalam perbincangan ilmu tidak berperang dan tidak berbalah. Orang Islam hidup dalam keadaan aman. Dalam negeri Islam ada orang-orang bukan Islam. Orang Kristian Optik di Mesir, Kristian Ortodox di Syria dan macam-macam mazhab Kristian di Palastin. Di Andalus ada orang Yahudi. Bila Kristian menakluk Andalus (Sepanyul), mereka membunuh orang Islam dan membunuh orang Yahudi.

Orang Islam ada negara, ada kerajaan Uthmaniah dan ada kerajaan Morroco. Orang Yahudi yang dapat membebaskan diri daripada pembunuhan di Andalus melarikan diri ke Turki dan Morroco. Kerajaan Islam Turki dan Morroco memberi perlindungan kepada orang-orang Yahudi ini. Ini dia sikap orang Islam bukan macam orang agama lain. Islam berjaya memerintah negara 1,300 tahun lebih dalam muajahah salmiah.

Apa yang berlaku pada hari ini dengan ISIS, Nusrah, Da’isy, Taliban dan dengan macam-macam adalah ciptaan musuh-musuh Islam untuk mewujudkan masalah di kalangan orang Islam sendiri. Mencetuskan ketegangan dalam masyarakat Islam supaya memberi peluang kepada mereka untuk terus berkuasa. Orang Islam tidak bangkit kerana sibuk bertelingkah dan berperang sama sendiri.

Malangnya kuasa-kuasa besar memberi senjata kepada Isis, Nusrah dan Taliban untuk melawan kerajaan zalim. Betul kerajaan zalim, kita tidak nafikan. Tetapi kerajaan zalim ini kuasa besar menolong juga. Dua-dua ditolong. Kuasa-kuasa besar ada senjata yang boleh menembak jarak jauh, ada Rada dan ada JPS.

Mereka memberi senjata kepada orang Islam supaya berlawan sama sendiri dan kuasa besar ada alat untuk pengesanan. Bila melihat golongan ini kuat dia pelemah golongan yang kuat dan menolong yang lemah. Bila golongan yang lemah menjadi kuat dia menolong yang lemah pula. Bila tiba masa dia hendak hapus dia menyerang semuanya supaya semuanya musnah. Ini tujuan untuk mencetus ketegangan sesama Islam.

Kumpulan Islam ini bom di Jakarta, di Iraq dan di Syiria. Mengapa tidak bom di Israil?  Betul ada pelancung dan ada maksiat di Jakarta tetapi kita tidak boleh membunuh orang-orang yang membuat maksiat yang ada kanak-kanak bersamanya dan ada orang yang tidak berdosa di dalamnya. Ini semua kerja dirancang oleh musuh Islam yang perlu kita sedar.

Apa yang berlaku ialah kerana tidak berpuashati dengan pemerintah. Betul tidak berpuashati dengan pemerintah. Bila tidak berpuashati dengan pemerintah pendekatannya ialah damai bukan berperang. Kita berperang hanya dengan musuh yang datang dari luar. Jika berperang sesama sendiri kuasa besar akan dapat faedah, kita menjadi mangsa dan cita-cita tidak tercapai.

Arab spring yang berlaku atau musim bunga Arab, musim bunga sahaja buahnya tidak ada. Dengan pengalaman inilah maka kita mengambil pendekatan muajahah salmiah, secara damai untuk memasuki pilihan raya, membujuk seberapa ramai orang supaya menyokong kita.

Berpandukan firman Allah Ta’ala:

“Siapakah lagi yang lebih baik cakapnya daripada orang yang berdakwah mengajak kepada Islam dan dia sendiri mengerjakan amal yang solih.”

Ada kalangan kita ini menyerang semata-mata. Lawan kita itu ada orang yang baik kerana dia tidak faham. Kita lawan semua, orang baik kita lawan dan orang jahat pun kita lawan. Bila orang baik kita lawan cara jahat maka orang menilai dari segi baik. Ini merbahaya dan kita kena faham.

Oleh yang bekerja untuk Islam mesti beramal dengan amal yang solih dan kena menjadi contoh lebih baik daripada lawan baharulah orang ikut. Tidak sama kebaikan dengan kejahatan. Kita tunjuk kebaikan kita, kebajikan kita dan keikhlasan kita walaupun sumbangan kita tidak banyak tetapi ikhlas. Sumbangan yang banyak tidak ikhlas tidak sama. Sumbangan tidak ikhlas tidak berkat. Berkat akan terhasil bila Allah masukkan hidayat ke dalam hati manusia.

Kita menolak orang membuat jahat dengan kebaikan supaya orang zalim bertukar menjadi adil, orang jahat bertukar menjadi baik dan orang bermusuh bertukar menjadi kawan. Kaedah ini akan sesuai dalam amalan demokrasi kerana amalan demokrasi untuk mendapat undi yang sebanyak-banyaknya. Jadi kita kena berbaik-baik dengan orang. Jika berbalah dengan orang akan menjadi begitulah, tidak berganjak sampai berpuluh-puluh tahun.

Oleh itu kita melakukan satu anjakan paradigma kepada orang lain supaya mendukung dan menyokong perjuangan kita. Menjadi ahli kita, menyokong atau bersempati dengan kita semuanya boleh berlaku. Ini boleh dilakukan oleh orang-orang yang sabar, orang yang mendapat kelebihan daripada Allah macam nabi kita Muhamad SAW

Orang yang macam Suhail bin Amru sebagai contoh, yang mewakili musyrikin dalam perjanjian Hudaibiah. Dia menjadi wakil orang kafir musyrikin dan Saidina Ali menjadi wakil untuk menulis. Bila nabi SAW menyuruh Saidina Ali menulis BISMILLAHIRRAHMAN NIRRAHIM Suhail bin Amru kata kami tidak bersetuju, kami tidak pernah dengar BISMILLAHIRRAHMAN NIRRAHIM tulis bismikallahumma. Nabi SAW pun menyuruh Saidina Ali menulis bismikallahumma.

Nabi berkata inilah perjanjian yang dimatraikan antara Muhamad Rasulullah dengan Suhail bin Amru. Suhir bin Amar kata jangan tulis Muhamad Rasulullah sebab kami tidak percaya kamu Rasulullan, tulis Muhamad bin Abdullah, nama ayah kamu.

Lalu nabi kata: “Wahai Ali! Tulis Muhamad bin Abdullah”

Tetapi Saidina Ali tidak mahu tulis Muhamad bin Abdullah. Lalu nabi SAW tanya dekat mana perkataan Rasulullah. Saidina Ali memberitahu dan nabi SAW memotong dengan tangannya. Saidina menulis Muhamad bin Abdullah.

Perjanjian berat sebelah macam menghina orang Islam. Suhail bin Amru ini masa fathul Makkah masuk Islam. Orang keras dalam perjanjian Hudaibiah masuk Islam. Ini dia muajahah salmiah.

Dalam peristiwa riddah, bila dengar nabi SAW wafat kabilah-kabilah Arab murtad. Gobenor Mekah masa itu ialah Usir bin Udir yang berumur 20 tahun. Dia dilantik menjadi gobenor Mekah kerana dia hafal Quran. Oleh kerana orang muda bila dengar orang murtad dia tidak keluar rumah kerana ketakutan.

Kita kena faham suasana politik, ada orang alim tetapi penakut dan ada orang berani walaupun jahil. Bila Usir bin Udir tidak keluar rumah masa berlaku riddah Mekah dalam keadaan bahaya maka Suhail bin Amru yang keras dalam perjanjian Hudaibiah mempertahankan Islam. Suhir bin Amar memanggil penduduk Mekah supaya keluar di Masjidil Haram dan memberi ucapan: “Walaupun Muhamad sudah mati tetapi Islam tidak mati. Barangsiapa yang keluar daripada Islam maka aku akan bertindak.”

Akibatnya penduduk Mekah tidak berani murtad.

Wahsyi yang membunuh Saidina Hamzah dalam perang Uhud masuk Islam. Abu Sofian, ketua Mekah masuk Islam. Khalid bin al-Waleed yang merancang sehingga orang Islam teruk dalam perang Uhud masuk Islam dan menjadi pedang Allah.

Ini kita faham pendekatan damai (muajahah salmiah) boleh menarik musuh kepada Islam.

Allah Ta’ala yang menentu dan mengekalkan hidayah. Ada di kalangan kita berasa kuat sangat berjuang sehingga tidak bergantung kepada Allah Ta’ala. Akibatnya lari daripada perjuangan.

Pendekatan menarik undi sebanyak-banyak sangat penting dalam sistem demokrasi

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment