Hari ini manusia dilanda oleh
pelbagai gejala yang dahsyat. Yang membimbangkan, gejala alam sekitar yang amat
buruk kerana ketomakan haloba manusia membuat projek-projek tanpa batas dengan
rasuah, menguji senjata-senjata merbahaya, mempertahankan kezaliman dan
tersebar berbagai penyakit serta maksiat. Ini taufan yang berlaku pada hari
ini.
Bahtera yang menyelamat
manusia pada hari ini bukan bahtera nabi Nuh tetapi bahtera al-Quran. Kita mengajak manusia bersama
dengan bahtera al-Quran. Marilah bersama dan kekal dengan bahtera ini.
Jangan bocorkan bahtera
ini. Jangan tebuk bahtera ini sekalipun tidak berpuashati dengan makanannya,
tidak berpuashati dengan masa pelayarannya.
Pelayarannya
lama sangat ada yang terjun. Pelayarannya lama sangat ada yang lari ke bahtera
lain. Mereka yang lari ke bahtera lain tidak selamat.
Alhamdulillah walaupun kita
mengalami gelombang yang sangat dahsyat, ribut taufan yang sangat kuat melanda
kita, sehingga hari ini Allah SWT menjadikan bahtera kita selamat.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment