Malam Nisfu Sya’ban (15
Sya'ban) merupakan malam penuh rahmat, maka hendaklah memperbanyakkan ibadah
terutama beristigfar dan bertaubat dan menjauhi kemaksiatan.
Malam Nisfu Syaaban adalah
salah satu malam yang mustajab doa. Umat Islam digalakkan pada malam Nisfu
Sya'ban banyakkan berdoa dan memohon keampunan di sisi Allah SWT.
Sayidatina Aisyah r.a.:
Sayidatina Aisyah r.a.:
“Tidak pernah
Rasulullah berpuasa lebih banyak
melainkan dalam bulan Sya’ban (selain bulan Ramadhan); Sesungguhnya baginda telah berpuasa sebulan penuh. (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim)
Usman bin Zaid
menceritakan:
“Saya telah bertanya
kepada Rasulullah:
“Wahai Rasulullah, saya
tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di
bulan Sya’ban”
Lalu Baginda menjawab:
“Itulah bulan (Sya’ban) di mana ramai
manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik
sekalian alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya
diangkat ketika saya sedang berpuasa. (HR Imam Ahmad dan An-Nasai)
Menurut para ulama, pada
malam Nisfu Sya’banlah para malaikat melaporkan catatan amal umat manusia
selama setahun kepada Allah SWT.
Sayidatina Aisyah r.anha menceritakan, Rasulullah telah bersabda:
Sayidatina Aisyah r.anha menceritakan, Rasulullah telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta’ala turun pada malam
pertengahan (nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang
yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb." (HR
At-Termizi dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan dari
Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a, dari Nabi Muhammad SAW, Baginda bersabda:
“Apabila datang malam
Nisfu Sya’ban, maka kalian hidupkanlah malamnya dan berpuasa-lah pada pagi
harinya. Sesungguhnya Allah SWT pada malam itu turun ke langit dunia lalu
menyeru kepada hamba-Nya:
“Adapun orang yang memohon
keampunan-Ku pasti akan Aku ampuni dosanya, Adapun orang yang memohon rezeki
kepada-Ku, pasti Aku akan memberinya rezeki, adapun orang yang sedang ditimpa
musibah, pasti Aku berikannya keselamatan, dan seterusnya dimulai dari
tenggelamnya matahari sampai terbitnya fajar”.
Berkata Imam Asy-Syafie:
Terdapat riwayat yang
mengatakan Abu Darda’ r.a berkata:
“Sesungguhnya doa
mustajab pada lima (5) malam iaitu; malam Jumaat, malam Idul Fitri, malam Idul
Adha, malam awal Rejab dan malam Nisfu Sya’ban.
Dari Mu’adz bin Jabal,
Rasulullah bersabda:
“Allah memandang (dengan
pandangan rahmat) kepada seluruh makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya’ban. Maka,
Allah mengampuni (dosa-dosa) seluruh makhluk-Nya kecuali yang menyekutukan-Nya
atau orang yang dengki atau dendam.” (HR Ath-Thabarani dan Ibnu Hibban).
Apa yang harus dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban?
Disunatkan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan memperbanyakkan ibadah dengan membaca al-Qur`an, berzikir, berdoa, bertasbih, berselawat, menghadiri majlis ilmu dan amalan ibadah yang lain khususnya:
Apa yang harus dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban?
Disunatkan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan memperbanyakkan ibadah dengan membaca al-Qur`an, berzikir, berdoa, bertasbih, berselawat, menghadiri majlis ilmu dan amalan ibadah yang lain khususnya:
1. Puasa sunat
2. Perbanyakkan Istighfar
3. Perbanyakkan berdoa dan berzikir.
No comments:
Post a Comment