Ramai yang berpendapat
bahawa daging kambing menyebabkan darah tinggi dan lain lain.
Sebenarnya bukan daging
kambing yang menyebabkan penyakit-penyakit. Tetapi cara masakan masyarakat kita
yang menyebabkan penyakit.
Contohnya: Masakan kari, kuzi, Rendang dan lain2. Masakan ini di campur santan, minyak dan rempah-rempah yang di campur aduk yang menjadi masalah kesihatan.
Kambing mengikut pandangan
Islam
Kambing adalah haiwan yang ada
keberkatan.
Ada banyak dalil yang
menyebutkan bahawa kambing memiliki keutamaan dan kelebihan.
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
اتخذوا الغنم فإن فيها بركة
” Peliharalah (manafaatkan) oleh kalian kambing kerana di dalamnya
terdapat barakah. “[1]
Dalam daging kambing
terdapat berkat, begitu juga pada susu dan kulitnya
Ahli tafsir Al-Qurthubi
rahimahullahberkata,
وجعل البركة في الغنم لما فيها من اللباس والطعام والشراب وكثرة
الأولاد، فإنها تلد في العام ثلاث مرات إلى ما يتبعها من السكينة، وتحمل صاحبها
عليه من خفض الجناح ولين الجانب
“Allah telah menjadikan berkah pada kambing di mana kambing dpt
dimanfaatkan untuk pakaian, makanan, minuman, banyaknya anak ,karena kambing
beranak tiga kali dalam setahun, sehingga memberikan ketenangan bagi
pemiliknya. Kambing juga membuat pemiliknya rendah hati dan lembut terhadap
orang lain”[2]
Bahkan setiap Nabi pernah
mengembala kambing, ulama menjelaskan hikmahnya kerana memang mengembala
kambing memerlukan kesabaran dan ketekunan yang akan membentuk
kepribadian baik seseorang
Nabi Shallallahu’alaihi
wasallam bersabda,
ما بعث اللهُ نبيًّا إلا رعى الغنمَ . فقال أصحابُه : وأنت ؟ فقال : نعم ، كنتُ أرعاها على قراريطَ
لأهلِ مكةَ
“Tidaklah seorang Nabi diutus melainkan dia menggembala kambing“.
para sahabat bertanya, “apakah engkau juga?”. Beliau
menjawab, “ya, dahulu aku menggembala kambing penduduk Mekkah dengan upah
beberapa qirath”[3]
Kajian dari Persatuan Jantung
Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah
berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya
dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang
berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam.
Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan.
Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi
zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya.
Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada
daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di
dalam daging kambing.
No comments:
Post a Comment